AGAMA ISLAM MAKIN BERTAMBAH MAJU,DAN BANYAK NEGERI-NEGERI YANG TELAH BERJAYA DIKUASAI OLEH KAUM MUSLIMIN.DI SAMPING ITU TIMBUL PULA PERKARA-PERKARA BIDA'AH DAN KHURAFAT.
KEMUDIAN PADA MASA UMAR BIN ABDUL AZIZ MENJADI KHALIFAH KERAJAAN BANI UMAYYAH(99-101 HIJRAH)MAKA DIPERINTAHKANNYA KEPADA GABENORNYA IAITU ABU BAKAR BIN MUHAMMAD BIN AMRU BIN HAZM UNTUK MEMBUKUKAN HADITH.PERINTAH ITU BERBUNYI SEBAGAI BERIKUT:"PERHATIKANLAH HADITH RASULULLAH SAW KEMUDIAN ENGKAU TULISKAN,KERANA SESUNGGUHNYA AKU TAKUT KEHAPUSAN ILMU DAN KEHILANGAN ULAMA".
KEMUDIAN DIBERITAHUKAN KEPADANYA SUPAYA SEGERA MEMBUKUKAN HADITH-HADITH RASULULLAH SAW YANG TERDAPAT PADA SEORANG WANITA YANG TERKENAL IAITU AMRAH BINTI ABDUL RAHMAN(21-98H)SEORANG SERIKANDI ISLAM YANG TERMASYHUR DALAM URUSAN ILMU FIQH,MURID AISYAH ISTERI RASULULLAH SAW DAN HADITH YANG ADA PADA QASIM BIN MUHAMMAD BIN ABU BAKAR(37-107H)SEORANG YANG TERKENAL DALAM ILMU FIQH DI MADINAH DARI KALANGAN TABI'IN.
DI SAMPING ITU UMAR MENGIRIMKAN SURATNYA KEPADA GABENOR-GABENORNYA DI SELURUH DAERAH KEKUASAANNYA,SUPAYA BERUSAHA MEMBUKUKAN HADITH-HADITH YANG ADA PADA PARA ULAMA YANG BERKEDIAMAN DI TEMPAT MASING-MASING.
DI ANTARA ULAMA BESAR YANG MEMBUKUKAN HADITH ATAS KEHENDAK KHALIFAH ITU IALAH ABU BAKAR,MUHAMMAD IBN MUSLIM,IBN UBAIDILLAH IBN SYIHAB AL-ZUHRI SEORANG TABI'IN YANG TERKEMUKA DALAM JURUSAN ILMU FIQH DAN HADITH(51-124H).DANYANG AKHIR INILAH SATU-SATU ULAMA BESAR YANG MULA-MULA MEMBUKUKAN ATAU MENYUSUNKAN HADITH ATAS ANJURAN KHALIFAH.
KEMUDIAN BARULAH BERLUMBA-LUMBA ULAMA BESAR LAIN MEMBUKUKAN HADITH SELEPAS AL-ZUHRI.DI ANTARA MEREKA IALAH:
1-DI MEKAH:IBN JURAIH(80-150H=699-767M)
2-DI MADINAH:IBN ISHAQ(150H=768M)DAN MALIK BIN ANAS(93-179H=711-795M)
3-DI BASRAH:AL-RABI' BIN SABIH(160H=777M)
4-DI KUFAH:SUFYAN AL-THAURI(161H)
5-DI SYAM:IMAM AL-AUZ'I(157H)
6-DI KHURASAN:ABDUL RAHMAN IBN MUBARAK(181H)
7-DI YAMAN:MU'AMMAR BIN RASYAD(95-153H)
SEMUA ULAMA INI ADALAH PADA ABAD HIJRAH,DAN SUSUNAN HADITH MEREKA DI KALA ITU ADALAH BERCAMPUR DENGAN PERKATAAN-PERKATAAN PARA SAHABAT DAN FATWA TABI'IN.
SUSUNAN KOTAB YANG PALING TUA YANG ADA PADA TANGAN UMAT ISLAM DIWAKTU INI IALAH KITAB AL-MUWATTA' KARANGAN IMAM MALIK YANG DISUSUN MENURUT KEHENDAK KHALIFAH AL-MANSUR KETIKA BAGINDA DATANG MENGERJAKAN HAJI DI MEKAH PADA TAHUN 144 HIJRAH.
hidup adalah pencarian..