Wanita Oh Wanita

01-Aug-2003 17:11


...dan semoga beroleh keceriaan di pagi Jumaat ini buat semua.

Wanita apabila solat lima waktu,
Puasa sebulan Ramadhan,
Memelihara kehormatanya serta taat akan suaminya,
..Masuklah ia dari mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Maksud Hadis)

-Menjaga adap ketika berhadapan dengan suami, anak, ibubapa, rakan-rakan, jiran dan masyarakat.

-Selalu merenung keaiban diri.

-Sentiasa mensyukuri nikmat Allah.

-Sabar menempuh segala kesusahan yang ditimpakan oleh
Allah ke atasnya.

-Tidak menampakkan perhiasan diri.

-Menundukkan pandangan dan mengekalkan sifat malu.

-Berjalan dengan sopan dan tidak bergurau keterlaluan

-Tidak banyak bercakap yang sia-sia sahaja.

-Selalu tinggal di rumah.

-Keluar rumah hanya ketika ia mempunyai sesuatu hajat yang sangat perlu yang diharuskan oleh Syarak.

-Menutup aurat sepertimana yang dituntut oleh Syariat.

-Tidak berjalan di jalan yang besar yang sesak dengan orang ramai.

*Sepertimana yang dikirimkan oleh seorang saudara baru kepada saya.* Beliau ingin sekali mendapatkan gelaran Wanita Solehah. Mengakhiri ayat-ayat beliau dengan beberapa persoalan...dan satu soalan dari beliau yang ingin saya ajukan kepada rakan dan teman
di sini.

...Siapakah yang berhak memberi gelaran Wanita Solehah kepada beliau?

Mungkin rakan dan teman di sini punyai idea,jawapan dan pandangan yang lebih baik dari saya. Silakan..

~~Walau berabad dipersoalkan, tak akan goyang kebenaran~~

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my