Berikut adalah risalah/surat yang telah dihantarkan kepada rakan2 saya yangberada di Tandjung Pinang, Pulau Batam dan juga Semarang, Indonesia.Dalamrisalah asal disertakan matan2 Arabnya sekali. Tapi disini, matan2 Arab itu takdapat dikembarkan kerana sebab2 teknik, harap dima'afkan. Semoga risalah/suratyg tak seberapa ini dapat manfa'atkan bersama. Baarokalloohu Fiikum. Al-faqiiruilallooh. [Perhatian : Diingatkan bahawa mudzaakaroh berikut ini adalahberlandaskan Madzhab Syaafi'iyy/Syaafi'iyyah].
------------------------------------------------------
Bismillaahirrohmaanirrohiim Assalaamu'alaikum wrb
Menemui Sdr Muhyiddiin, Sdr Mohd Soolih/Salleh, Sdr Mohd Saufi, Sdr AhmadQomaruddiin, Sdr Usmaan, Sdr Jaamid, Sdr Abu `Aarif, Sdr Syifaa-uddiin, Sdr `Ubaidillaah,Sdr Zubaidi, Sdr sabran,…….dll yg berada di Tandjung Pinang, Kepulauan Riau,Indonesia. Serta Sdr Auliya`, Sdr Rijaal …..dll yg berada di Batam, KepulauanRiau, Indonesia. Serta Sdr Sukirno Riyadi (Pak Zubair) yg berada di Semarang,Jawa Tengah…….serta sesiapa saja yg berminat……. Baarokalloohu fiikum !!!
Mari kita teruskan mudzaakaroh kita….
[Perhatian : Seperti dahulu juga, mudzaakaroh kita ini adalah berdasarkankelompok Madzhab Syaafi'ii / Syaafi'iyyah].
[1] PESAN IMAAM NAWAWI ROH.A. SUPAYA KITA TIDAK TERTIPU (TERPEDAYA) DENGANRAMAINYA GOLONGAN MUTASAAHILIIN AKAN SUNNAT DUDUK ISTIROOHAT DI DALAM SOLAAT
[Perhatian : Mutasaahiliin berma'na orang2 yang memandang mudah /ringan/gampang…….]
Imam Nawawi roh.a. berpesan :
WA LAA TAGH-TARRO BI-KATHROTIL-MUTASAAHILIINA BI-TARKIHAA (YA'NII BI-TARKIJALSATIL-ISTIROOHAH).
Mafhuumnya kira2: "DAN JANGANLAH ANDA TERTIPU (TERPEDAYA) DENGAN ADARAMAINYA GOLONGAN PARA MUTASAAHILIIN AKAN SUNNAT DUDUK ISTIROOHAT (DI DALAMSOLAAT) DI MANA (LANTARAN MEREKA MEMANDANG RINGAN AKAN DUDUK ITU) LALU MEREKAPUN MENINGGALKANNYA (YA'NII TIDAK MELAKUKAN `AMALAN DUDUK ISTIROOHAT DALAMSOLAAT ITU)". [Al-Majmuu' , Juzu` 3, halaman 421].
Kalau kita dipesan oleh Imaam Nawawi roh.a. supaya tidak tertipu dengan adaramainya para mutasaahiliin (orang2 yg memandang ringan) terhadap sunnat dudukistiroohat di dalam solaat, MAKA SUDAH TENTULAH LEBIH2 LAGI JANGAN SAMPAI KITATERTIPU DENGAN RAMAINYA GOLONGAN MUTASAAHILIIN TERHADAP SYARAT2 SAH SETIAP RUKUNDALAM SOLAAT. Saya menuqilkan pesan beliau roh.a. di atas, adalah kerana ramaidi antara kita bila diajak untuk ber'amal (atau meningkatkan mutu `amal) dalamhal solat (sama ada dari segi rukun2 atau sunnat2 solaat), mereka menjawabseperti "ah … itu kan sunnat saja !!!","kita kena ikut orangramai, kalau orang ramai tak buat, kita tak perlubuatlah…!!!",……dsbnya.Kalau kita benar2 memahami serta menghayati akan pesan Imaam Nawawi roh.a. diatas, maka SUDAH TENTULAH segala `amalan kita di dalam solaat (sama ada ygberupa rukun2 atau yg berupa sunnat2) MESTILAH didasarkan kepada `ILMU, tidakberdasarkan kpd fikiran-dan-nafsu kita. Segala `amalan di dalam solaat WAAJIBdidasarkan kpd `ilmu. Janganlah kita terbawa2 dengan nafsu dan fikir kitasendiri, tanpa mengutamakan `ilmu dalam melaksanakan (serta meningkatkan mutu)solaat kita.
[2] Berikut adalah petikan lagi…. (Mafhuumnya kira2) : Dan ketahuilaholehmu bahawasanya sayogialah bagi setiap orang untuk bermuwaazobah (ya'niiuntuk tetap mengerjakan dengan teratur dan tekun / menekuni) atas `amalan dudukistiroohat ini lantaran (adanya) hadith2 yg sohiih mengenainya dan atas tiadanyapenyanggahan2 yg sohiih terhadapnya, dan jangalah kamu terpedaya (tertipu)dengan ramainya orang2 yang memandang ringan akan duduk istiroohat ini (lalu)mereka tidak meng'amalkannya. Maka sesungguhnya telah berfirmaan Allooh swt : (Mafhuumnyakira2 ): Katakanlah : "Jika kamu (benar2) menyintai Allooh, ikutilah akandaku, nescaya Allooh mengasihimu dan mengampuni dosa2mu." (3:31). Danfirmaan Allooh swt lagi : (Mafhuumnya kira2) : "Dan apa yang telahdiberikan oleh Rasul (Rosuul) kepada kalian, maka ambillah (terimalah) akannya….".(59:7).
Telah berkata sahaabat2 kami (dari kelompok Syaafi'ii/ Syaafi'iyyah): Danadalah sama saja , sama ada dia telah bangkit daripada duduk (jalsah) atau pundrp sujuud (sajdah), (maka) disunnatkan baginya untuk berdiri dalam hal keadaanbertupangkan kedua tangannya di atas bumi, sama ada ia seorang yg kuat atau punseorang yg dho'iif atau pun seorang lelaki atau pun seorang perempuan sama saja(ya'nii disunnatkan baginya untuk bertupang itu), dan dalam hal ini ImaamAsy-Syaafi'ii roh.a. telah pun memberikan nasnya, dan telah berittifaaq (bersepakat)sahaabat2 kami itu oleh hadiith Maalik bin Al-Huwairoth dan tiada penyanggahan2yg sohiih (yg berasal) drp Nabi saw. Walloohu A'lam. [Al-Majmuu', juzu` 3,halaman 420 dan 421].
Hadiith Maalik bin Al-Huwairoth berbunyi seperti berikut : (Mafhuumnya kira2): "Adalah Nabi saw bilamana adalah beliau saw (berada) pada roka'at yangpertama dan yang ketiga, beliau saw telah tidak bangkit/berdiri sehingga beliausaw meluruskan secara duduk".[Al-Majmuu', juzu`3, halaman 418].
[3] Lagi …… (Mafhuumnya) : Dan disukai untuk bertupang di atas keduatangan semasa (hendak) berdiri, kerana mengikut apa yg telah diriwayatkan olehMaalik bin Al-Huwairoth, bahwa Nabi saw " Telah meluruskan secara dudukkemudian beliau saw telah berdiri dan telah bertupang di atas bumi dengan keduatangannya". Imaam Asy-Syaafi'ii roh.a. telah menerangkan : Kerana ini (ya'niibertupang dengan menggunakan kedua2 tangan semasa hendak berdiri) lebihmenyerupai tawaadhu' (rendah diri) dan lebih membantu bagi musollii (orang ygbersolat) dan dimadkan (diperpanjangkan) akan (lafaz) takbiir itu sehingga iaberdiri, sehingga tidak kosong (tidak sunyi) sesuatu perbuatan (atau fi'il) itudaripada dzikir.[Al-Majmuu', juzu` 3, halaman 419].
[4] Dan lagi…. (Mafhuumnya) : Dan telah berhujjah Imaam Asy-Syaafi'ii roh.a.serta sahaabat2 (dalam kelompoknya) dengan hadiith Ayyuub As- Sakhtiyaani drpAbi Qollaabah/Qillaabah, katanya : Telah datang kpd kami Maalik bin Al-Huwairothlalu bersolatlah ia dengan kami. Maka katanya : "Sesungguhnya daku pastibersolaat dengan kamu, dan bukanlahdaku ingin bersolaat (sebenarnya), (tetapi)daku ingin untuk menunjukkan kepada kalian akan bagaimanakah daku telah melihatRosuulullooh saw bersolaat !! Telah berkata Ayyuub : Maka daku pun bertanyakepada Abu Qollaabah: Bagaimanakah solaatnya itu ? Maka dia menjawab : Sepertisyeikh kita ini –ya'nii `Amruu bin salamah. Telah berkata Ayyuub : Dan adalahsyeikh itu menyempurnakan takbiirnya, maka apabila ia telah mengangkat kepalanyadrp sujuudnya yg kedua, ia telah duduk dan ia telah bertupang di atas bumikemudian ia pun berdiri". [Diriwayatkan oleh Bukhoori di dalam Sohiihnyadengan lafaz ini]. Imaam Asy-Syaafi'ii roh.a. telah menerangkan : Dan kerana itu(ya'nii bertupang dgn tangan semasa hendak berdiri) lebih mencapai kepadakhusyuu' dan tawaadhu' (rendah diri) dan lebih membantu bagi musolli (orang ygbersolaat) dan lebih pantas untuk tidak terjungkir /tumbang /terbalik/berubah.[Al-Majmuu', juzu` 3, halaman 424].
[5] Dan lagi… (mafhuumnya) Kemudian kamu bangkit drp sujuud dan (drp) dudukistiroohat, dalam keadaan kamu meletakkan kedua tanganmu di atas bumi dalam halkeadaan bertupangkan di atas PERUT KEDUA TELAPAK TANGAN DAN PERUT JARI2 KEDUATANGAN. Dan janganlah kamu mendahulukan salah satu drp kedua2 kaki kamu di atasyg lain dalam hal keadaan (mengangkat) naik , dan mulakanlah takbiir naik (takbiirotul-irtifaa')ketika hampir drp batas duduk istiroohat dan madkanlah (perpanjangkanlah) akantakbiir itu sehingga mencapai intisoof (mencapai setengah atau tengah2 naikkepada berdiri atau qiyaam. [Syarah Marooqii Al-`Ubuudiyyah, halaman 49].
[6] Dan lagi ….. (Mafhuumnya)Dan pada takbiir itu ada tiga wajah, telahmenceritakannya oleh Al-baghowi dan Al-Mutawalli dan Soohibu-Bayaan dan lain2:[Yang paling sohiih antara ketiga2 wajah itu] di sisi al-jumhuur dan dengannyajuga penyusun membuat kepastian disini dan di dalam At- Tanbiih, dan telahmenaqolkannya oleh Abuu Haamid drp Imaam Asy- Syaafi'ii roh.a. bahawasanya dia (siyang bersolaat itu) mengangkat dalam keadaan bertakbiir dan memadkannya (memanjangkannya)sehingga ia lurus berdiri dan ia mentakhfiifkan (meringankan) akan jalsah itu (dudukistiroohat itu), dan daliilnya adalah (seperti) apa yg telah disebutkan olehpenyusun dan sahaabat2 (dalam kelompoknya) BAHWA SUPAYA TIDAK KOSONG SATU JUZU`DARIPADA SOLAAT ITU DARIPADA DZIKIR. [Wajah Kedua] Mengankat ia (si yg bersolaatitu) dalam keadaan tidak bertakbiir dan memulai ia akan takbiir dalam keadaanduduk dan memadkan ia akan takbiir itu sehingga berdiri ia. [Wajah Ketiga]Mengangkat ia (si yg bersolaat itu) dalam keadaan bertakbiir, maka apabila telahduduk ia lalu berhentilah ia drp bertakbiir itu, kemudian bangunlah (berdirilah)ia tanpa bertakbiir, dinaqolkan oleh Abuu Haamid drp Abuu Ishaaq Al-Marwazi dantelah memberikan kepastiannya oleh Abu At-Tiib. [Perhatian : Wajah yang pertamadi atas adalah yg paling sohiih]. Telah berkata sahaabat2 (dalam kelompok) kami: Dan tidak ada khilaaf bahawa jangan ia mendatangi dengan dua takbiir, diantara yg telah menjelaskan demikian adalah Al-Qoodhi Husain dan Al-Baghowi. Dansunnah semasa duduk istiroohat ini adalah duduk iftiroosy kerana (adanya)hadiith Abuu Humaid/Hamiid, dan adalah mazhabnya dan dengannyalah penyusun telahmembuat kepastian dan begitu pun oleh al- jumhuur. Dan telah menghikayatkanSoohibul-Haawii sebagai suatu wajah bahawa duduk ia (si yg bersolaat itu) diatas dada2 kedua qodamnya tetapi ini adalah syaadz. Dan disunnatkan dudukistiroohat ini sesudah kedua-dua sujuud pada setiap roka'at yang selepasnya adaberdiri, sama saja sama ada yg pertama atau pun yg ketiga atau pada solaat2fadhu atau pada solaat2 nawaafil, kerana (adanya) hadiith Maalik bin Al-Huwairothbahawa Nabi saw " Adalah Baginda saw apabila pada witir drp solaatbeliau,beliau tidak bangkit (berdiri) sehingga beliau meluruskan duduknya".[Riwayat Al-Bukhoori]. [Al-Majmuu',juzu` 3,halaman 420].
[7] Dan lagi….. (Mafhuumnya kira2) : Dan seandainya si musolli sujuudkerana tilaawah, maka tidak disyari'atkan baginya untuk melakukan dudukistiroohat, ini adalah tanpa khilaaf. Telah menerangkannya Al-Qoodhi Husain danAl-Baghowi serta lain2. Telah berkata sahaabat2 kami (dalam satu kelompok) : Dansekiranya imaam telah tidak melakukan duduk istiroohat, adalah dibolehkan bagima'muum untuk duduk istiroohat dan ini tidak memudhoratkan (walau pun berlawanandgn imaam) kerana ianya adalah yasiir (ringan/sedikit). Dan dengan inilahsahaabat2 (dalam kelompok) kami telah membedakannya dgn tasyahhud awwal, di manaapabila imaam telah meninggalkannya (iaitu tasyahhud awwal) maka ma'muum tidakboleh menyalahi imaam dalam hal ini. Dan telah berselisih sahaabat2 kami tentangsama ada duduk istirohat ini adakah ia sebahagian drp roka'at kedua (mithalnya)atau pun hanya sebagai suatu duduk yg mandiri (berdiri sendiri/bebas/mustaqill)? Dalam hal ini, ada dua wajah : [Wajah pertama] bhw ia adalah termasuk roka'atkedua. Dihikayatkan di dalam Al-Bayaan oleh Abuu Haamid. [Wajah kedua] Dan wajahkedua ini adalah yg sohiih lagi masyhuur (iaitu) bhw ianya adalah suatu dudukyang faasil (yg memisahkan/ mengasingkan) di antara dua roka'at, dan ia tidaklahtermasuk sebagai sebahagian drp salahsatu drp kedua2 roka'at tersebut sepertitasyahhud awwal dan juluusnya (duduknya), dan inilah yg telah diputus secarapasti oleh Ibnu As-Sibaagh dan Al-Mutawalli, dan nampaklah / zohirlah faedahkhilaaf pada ta'liiqil-yamiin di atas sesuatu pada roka'at kedua dan seumpamaitu. [Al-Majmuu', juzu` 3, halaman 420].
[8] Dan lagi… (Mafhuumnya kira2) :…. Kemudian sujuud ia buat kali kedua,dan sujuud kedua ini sama saja seperti sujuud yg pertama tadi, kemudianmengangkat ia akan kepalanya drp sujuud kedua itu dalam keadaan bertakbiirbeserta permulaan angkat, dan disunnatkan baginya untuk duduk secara iftroosysebagai suatu duduk yang lemah lembut/lunak (jalsah latiifah) bagi istiroohat (ya'niiduduk istiroohat) SEKADAR DUDUK DI ANTARA DUA SUJUUD, dan disunnatkan dudukistiroohat ini susudah setiap roka'at yang tidak diikuti dengan tasyahhud,kemudian bangkit berdiri ia dalam keadaan bertupangkan di atas kedua tangannyaiaitu PERUT KEDUA TANGANNYA YG TERBUKA (TERBENTANG/MABSUUTOTAIIN) dan halkeadaannya memperpanjangkan takbiir itu sehingga berdiri ia iaitu sehinggasampai ia kepada qiyaam (berdiri), kiranya imaam meninggalkan duduk istiroohatini maka ma'muum bisa melakukannya juga dan ini tidaklah mudhorat kerana dudukitu adalah yasiir / mudah /sedikit bahkan walaupun imaam tidak melakukannyatetap masih disunnatkan bagi ma'muum itu melakukanya, dan tidak disyari'atkanduduk istiroohat kerana angkat (kepala)drp sujuud tilaawah, kemudian bersolaatia akan roka'at yg kedua seperti roka'at yg pertama tadi tentang apa yangdituntut padanya kecuali tentang niyyat dan tentang takbiirotul- ihroom dantentang istiftaah maka janganlah ia lakukan semua itu pada roka'at yg kedua…[Anwaarul-Masaalik,Cetakan Ketiga 1367H/1948M].
Antara penerangan drp petikan drp kitab Anwaarul-Masaalik di atas adalahbahawa KADAR DUDUK ISTIROOHAT ITU ADALAH SEKADAR DUDUK DI ANTARA DUA SUJUUD.Disini fahamlah kita bhw sependek2 tempoh duduk ini adalah sekadar satutoma`niinah (barulah mendapat pahala tuntutan sunnat itu) dan sepanjang2nyatidak boleh melebih sekadar bacaan tasyahhud.
[9] Lagi…. (Mafhuumnya kira2): (FASAL) Maka apabila telah sujuud kedua ia,berkatalah ia (berdo'a/berdzikirlah ia) di dalam sujuud kedua itu sebagaimanadalam sujuud pertama tadi (sama saja tuntutannya), maka apabila telah mengangkatia akan kepalanya drp sujuud kedua itu dalam keadaan bertakbiir dan duduklah iabagi istiroohat sebagai suatu duduk yang lemah lembut / halus (jalsah latiifah)sekira2 diam terpaku segala pergerakannya dalam keadaan diam yang jelas /nyata (sukuunanbayyinan), kemudian berdirilah ia kepada roka'at kedua dan memperpanjangkan iaakan takbiir yang mana telah diangkat dengannya drp sujuud tadi kepada lurus/tegakdalam keadaan berdiri, dan adalah perpanjangan (mad) itu selepas laam drp Allooh,inilah wajah yg paling sohiih (asohhul-aujah) bagi sahaabat2 kami. Dan bagimereka ada wajah yg lain (iaitu wajah jedua) iaitu mengangkat (kepala) ia drpsujuud tanpa takbiir dan duduk ia akan istiroohat maka bila bangkit ia (untukberdiri) bertakbiirlah ia. Dan wajah ketiga pula adalah bahawa mengangkat (kepala)ia drp sujuud dalam keadaan bertakbiir, maka apabila telah duduk ia berhentilahia drp bertakbiir kemudian berdiri ia tanpa bertakbiir. Dan tidak ada khilaafbhw janganlah ia melakukan dua takbiir pada tempat ini. Dan sesungguhnyasahaabat2 (dalam kelompok) kami telah berkata : WAJAH YG PERTAMA TADILAH YGPALING SOHIIH LANTARAN TIDAK KOSONG (TIDAK SUNYI ) SESUATU JUZU` DRP SOLAAT ITUDRP DZIKIR. DAN KETAHUILAH BAHAWASANYA DUDUK ISTIROOHAT INI ADALAH SUNNAHSOHIIHAH THAABITAH (YA'NII SUNNAH YG SOHIIH LAGI THAABIT/KUKUH/TEGUH) DI DALAMSOHIIH AL-BUKHOORIYY DAN LAIN2 LAGI DAN TERMASUK DRP FI'IL ROSUULULLOOH SAW, DANMADZHAB KAMI ADALAH ISTIHBAAB (MEMANDANG BAIK/ MEMBERIKAN KEUTAMAAN) AKAN DUDUKINI SEBAGAI SUNNAH YG SOHIIH, kemudian ianya adalah mustahabbah (disukai/digemari)sesudah sujuud kedua drp setiap roka'at yang mana ada berdiri ia daripadanya,dantidak mustahabbah pada sujuud tilaawah di dalam solaat. Waloohu A'lam. [Al-Adzkaar,halaman 96]
[10] Lagi…. Mafhuumnya kira2 : Dan apabila telah beri'timaad ia (bertupangia) (semasa hendak bangkit berdiri) (maka) menjadikan ia (meletakkan ia) akanPERUT KEDUA TELAPAK TANGANNYA DAN PERUT2 BAGI JARI2 TANGANNYA di atas bumi , (danini adalah) tanpa khilaaf. [Al-Majmuu', juzu` 3, halaman 421].
[11] SYARAT TAKBIIR WAAJIB DIJAGA, KALAU TIDAK, SOLAAT BISA MENJADI BATAL…….
Dalam usha kita untuk menghayati dan menghalusi akan duduk istirohat ini,bagaimana pun syarat takbiir WAAJIB dijaga iaitu jangan sampai melebihi tujuhalif selepas huruf LAM…..
Berikut adalah petikan yg berkaitan : (Mafhuumnya kira2) : Dan termasuksunnat hai-aat itu adalah "duduk istiroohat sekadar duduk di antara duasujuud" kerana ittibaa'. Dan ini diriwayatkan oleh Al-Bukhooriyy dan At-Tirmidziyy.Duduk ini dilakukan bila ada qiyaam selepas sujuud, tetapi tidak dilakukanselepas sujuud tilaawat. Dan disunnatkan untuk melakukan duduk ini pada tempattasyahhud awwal bilamana tasyahhud awwal itu ditinggalkan. Dan disunnatkan jugauntuk melakukan duduk ini pada (roka'at) yg tidak kesepuluh bagi mereka yangbersolat 10 roka'at mithalnya dengan satu tasyahhud sahaja. Dan tidakdisunnatkan duduk ini bagi yang bersolaat secara duduk. Dan dimakruuhkanmemperpanjangkan duduk ini melebihi (kadar) duduk antara dua sujuud, dan tidakbatal solaat dengannya secara mu'tamad. Dan masih sunnat bagi ma'muummelakukannya walaupun imaam telah meninggalkannya kerana mukhoolafah (perselisihan/pertentangan)ini tidak dikira sebagai sesuatu yang fahsyat kerana ianya dikira sebagaiyasiiroh /mudah/sedikit dan ianya adalah merupakan faasilah (pemisah) di antaradua roka'at. Dan disunnatkan memanjangkan (memadkan) akan takbiir itu drp angkatdrp sujuud hingga ke qiyaam, tidak ia bertakbiir dua kali, dan itu adalah dengansyarat bahawa tidak melebihi ia di atas tujuh alif, kalau melebihi tujuh alifmaka batallah solaatnya sekiranya dia mengetahui dan sengaja pula. Dan termasuksunnat hai-aat adalah beri'timaad (bertupang) di atas bumi dengan PERUT KEDUATELAPAK TANGAN DAN PERUT2 BAGI JARI2 TANGAN terbuka/terbentang/terhampar (mabsuutoh)di atas bumi ketika (hendak) qiyaam drp duduknya atau pun ketika (hendak) qiyaamdrp sujuudnya dan ini adalah seperti hai-ah (sifat) seorang yang lemah walau punia adalah seorang yg kuat. [Nihaayatuz-Zain Fii Irsyaadil-Mubtadi-iin, halaman70].
[12] Dan seterusnya lagi…. (Mafhuumnya kira2) : Dan disunnatkan dudukistiroohat, iaitu suatu duduk yang khofiifah (ringan), kerana beristiroohat, danianya adalah suatu pemisah dan tidak termasuk roka'at pertama mahu pun roka'atkedua, ada qiil bhw ianya adalah termasuk roka'at pertama, dan ada qiil juga bhwianya termasuk roka'at kedua, katanya dalam Syarah Ar-Roudh : Dan faedah khilaafitu zohir/kelihatan pada ta'liiq atas suatu roka'at. (Dan kadar duduk istiroohatitu) adalah sekadar duduk di antara dua sujuud, jika menambah ia melebihi ituadalah makruuh kerana ianya adalah sunnah yg yang mana yang paling sedikitmerupakan yg paling akmal (aqolluhaa akmaluhaa) seperti beberapa saktah solaat.Seandainya ia telah mencapai apa yang membatalkan pada duduk antara dua sujuudmaka batallah solaatnya di sisi Hajar dan di dalam Al- Kardi/Al-Kurdi akan apayg telah dinaskannya dan hasil akan apa yg telah mengi'timaadkannya pensyarahnyadidalamnya bahawasanya ia adalah seperti duduk di antara dua sujuud maka apabiladipanjangkannya melebihi dzikir yang dituntut di dalam duduk diantara dua sujuudya'nii sekadar sekurang2 tasyahhud maka batallah solaatnya. Dan telah menetapkanSyaikhul-Islaam Al-Mutawalli atas makruuhnya jika duduk istiroohat itudipanjangkan lebih drp kadar duduk diantara dua sujuud di dalam Syarah Al-Bahjahdan Ar-Roudh, dan telah memfatwakan As-Syihaab Ar-Romli bahawa itu juga tidakbatal dan telah mengikutinya Al-Khotiib di dalam Syarah2 At-Tanbiih dan Al-Minhaaj dan Al-Jamaal Ar-Romli di dalam An-Nihaayah dan juga selain drp merekaitu. (Dan duduk istirohaat ini dilakukan adalah) atas dasar I'tibaa'.[HaasyahI'aanatut-Toolibiin, juzu` 1,halaman 177]
[Perhatian : Kitab2 Al-Majmuu'` dan Al-Adzkaar penyusunnya adalah Al-ImaamAbuu Zakariyyaa Yahyaa bin Syarof An-Nawawi Ad-Dimasyqi (atau ringkasnya ImaamNawawi) roh.a. , sementara kitab Syarah Marooqii Al-`Ubuudiyyah pula penyusunnyaadalah Asy-Syeikh Muhammad Nawawi Al-Jaawi, dan kitab Anwaarul-Masaalikpenyusunnya adalah As-Syeikh Muhammad Az-Zahri /Az-Zuhri Al-Ghumroowi, Nihaayatz-Zain Fii Irsyaadil-Mubtadi-iin penyusunnya adalah Abii `Abdul Mu'tii Muhammadbin `Umar bin `Ali Nawawi AlJaawi Al-Bantaani At-Taudi, dan HaasyiahI'aanatut-Toolibiin pula penyusunnya adalah Al-`Allaamah As-Sayyid Abuu Bakr binAs-Sayyid Muhammad Syatoo Ad- Dumyaati].
[Mohon ma'af di atas rentak bahasa/kalimah terjemahan yang tidak memuaskan diatas (dan tidak tepat)…. al-ma'lumlah , lantaran kelemahan diri sendiri, dandiharapkan kpd yg bisa berbahasa `Arab dapat memperbaikikannya lagi terjemahankasar ini…. BAAROKALLOOHU FIIKUM !!!].
Semoga menerusi mudzaakaroh ini mutu solaat kita terus meningkat…..
Semoga kita sama2 menghayati akan pesan Imaam Nawawi roh.a. di atas…. Dansemoga kita juga berusha agar sdr2 kita yg lain2 dapat menghayatinya bersama….Kerana kesempurnaan iman (iimaan) itu adalah apabila kita suka untuk diri sdrkita sama seperti yg kita suka untuk diri kita.
Walloohu A'lam. Wassalaamu'alaikum wrb. Al-faqiiru ilallooh.