Renungan Bersama

01-Aug-2003 17:11
Oleh
Itaarissa
Maaf kalau katanya kasar, tp baik utk difikir kan bersama

MEMBABIKAN SI BABI

Assalamualaikum Sahabat,

BABI! Bebudak suka betul sebut perkataan ni lebih-lebih lagi kalau dilarang, makin menjadi-jadi dan orang Melayu pulak cukup 'alergik' dengan
perkataan Babi ni. Kaum Cina lebih mengenali Babi berbanding kaum2 lain, lantas pd mereka tak perlu ada 'alergik' dgn Babi. Tak kenal maka
tak cinta, tapi kenal ada macam2 kenal. Kenalnya kaum Melayu pd Babi begini dan kenalnya kaum Cina pd Babi begitu.

Kreatif Bila seorang kartunis bernama Zunar melakarkan wajah pemimpin negara yg diiraskan seakan Babi, berbagai reaksi masyarakat dapat dilihat. Ada yang tengok sambil senyum sumbing (tanda setuju agaknya), ada pulak
yang meluap-luap darah (tanda marah barangkali). Biasa la, ada yang sokong dan
ada yang bangkang. Kpd yang suka tentulah sokong dan kpd yg marah mestilah
bangkang.

Kemudian JAKIM tlh mengeluarkan satu ulasan berhubung isu ini, di mana JAKIM sekali lagi menegaskan bahawa perbuatan mencemarkan maruah dan menyamakan individu dgn haiwan adalah ditegah Islam. Saya kira ramai yg
membaca komen JAKIM ni.

Sebenarnya isu perihal Babi ni dah lama berkumandang, cuma kita tak berapa
perasan. Mungkin pasal tak kena kat kita kot?. Pada tahun 2001, Datuk Paduka Ibrahim Ali sebagai antara perintis awal tlh menggunakan judul
Babi dgn mengambil gambar Babi sebagai penyeri bukunya. Buku yg setebal lebih kurang 100 mukasurat ini diterbit oleh sebuah koperasi yang beralamat di Kota Bharu, Kelantan.

Sama jugak dgn Zunar, Ibrahim Ali menggunakan motif yg sama iaitu menyamakan individu yg dilihat sebagai seterunya dgn Babi. Dan buku itu bukan hanya bercerita mengenai seorang Babi, malah beberapa orang lagi Babi.

Kedua-dua pengkarya kreatif ini menggunakan daya kreativiti sebagai alasan utk mencetuskan karya yg saya kira agak kontroversi. Mereka
berselindung di sebalik alasan ini utk menyampaikan ilham yg terbuku di sanubari.
Karya kreatif adalah subjektif, dilihat dr pelbagai persepsi dan individu. Di Barat, malah di negara jiran kita sendiri, isteri bekas
pemimpinnya merelakan sekujur tubuhnya tanpa seurat benang dipotretkan atas
alasan keindahan artistik.

Siapa Mangsanya?
Mangsa yang sebenar saya kira bukan individu yang dimaksudkan oleh 'karya agung' mereka tetapi Babi sendiri. Kalau makhluk yg bernama Babi ini mengerti akan senario yg melibatkan 'nama baik' Babi, saya pasti mereka
akan bertanya, "Kenapa aku? Apa salah aku?" Memang betul, Babi tak bersalah malah tak terlibat langsung dlm gambar. Tetapi kita manusia
menggunakan perkataan atau gambaran Babi utk merendahkan maruah seseorang.

Bukan salah Babi jika dia dilahirkan penuh virus atau kuman atau sama waktu dengannya. Bukan salah dia kalau hidupnya dikatakan penuh kotor.
Kalau dibela dlm kandang yg bersih, bagi makan yg bersih (roti, gandum, etc), maka bersihlah dia. Ada yg kata, sifatnya yg buruk menjadi penyebab dia dijadikan perumpamaan yg buruk. Siapa yg tahu apa sifat Babi? Siapa pulak yg ciptakan Babi dgn sifat2 itu? Yang buruk utk kita jadikan sempadan bukan hinaan.

Pernah tak dengar cerita 'Babe ? Seekor Babi Yang Gagah Perkasa'? Begitulah tajuknya ketika diiklankan satu ketika dulu. Kalau pernah tgk cerita tu, insyaAllah kita dapat menilai mulia hinanya makhluk Allah. Babi juga haiwan
ciptaan Ilahi, sebagaimana haiwan2 lain. Cuma yg bezanya, syariat melarang menyentuh dan memakannya berbanding haiwan lain.

Begitu juga dgn anjing. Malah aliran kesufian mengiktiraf antara sifat2 mulia yg ada pd anjing agar diambil dan diamalkan oleh kita manusia.
Tapi rata2 org Melayu geli atau takut dgn anjing. Sedangkan anjing juga diiktiraf sebagai Man's Best Friend. Org buta dibantu perjalanannya
oleh anjing, bukan kucing, lembu atau ikan Flowerhorn. Jadi mengapa anjing dan Babi dipandang hina @ jijik?

Sama Sahaja Syariat melarang Muslim drpd menyentuh mereka, bertujuan utk kebaikan
kita juga dr pelbagai sudut. Juga bertujuan supaya kita dpt mengambil nilai2 murni (ada pd mereka cuma kita tak kenal) dan menjauhi sifat2 tercela dgn jalan lihat & fikir. Bukannya menyisihkan atau mencemuh. Sebagaimana
cerita haiwan yg bila di-interview samada dia berpuas hati atau tidak dijadikan oleh Allah sedemikian rupa. Maka semua haiwan2 itu teramatlah berpuas hati berbanding jika diciptakan sebagai manusia tetapi lupa dan lalai dari Iman
dan akhirnya kembali ke Negeri Abadi dlm keadaan yg teramat rugi.

Semua makhluk mempunyai fikiran yg dijana dr otak samada otak manusia, haiwan atau jin. Itulah sebabnya kucing kalau nak makan, dia tak pegi
gigit tayar kereta tapi yg digigit ialah ikan, daging dan seangkatan dengannya. Haiwan juga mempunyai nafsu dan mengaktifkan fikirannya dgn taktik2 terbaik utk memikat si betina. Jgn lupa, mereka juga mempunyai perasaan, sama
macam kita. Mereka suka bila bermain, sakit bila dikasari, marah, sedih?sama macam kita.

Tapi lainnya kita ialah kerana akal. Melalui akal Allah tiupkan ilham mahupun firasat. Maka pergunakanlah keistimewaan anugerah akal ini agar
kita tergolong di dlm golongan org2 yg untung dunia dan akhirat.

Bukanlah niat saya utk menjadi seorang pembela Babi tapi sekadar renungan bersama sebelum kita lemparkan hinaan atau cercaan kerana yg disebut
sbg hina itu belum tentu hinanya di sisi Allah swt. Dan lagi satu, kita ni mulia sgt ke? Maka persoalan yg cuba saya ketengahkan di sini ialah, apa
salahnya Babi hingga dia dibabikan?

Wassalam
-Ana Fakir-


P/S: Copy n Paste.....
bukan niat ku timbulkan controversy tp supaya kita sama2 berfikir....adakah kita lebih baik dr khinzir.....jika kita tidak dapat menjadi insan bersifat insan?

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my