Sahih Muslim

Indeks Kitab > Kitab Hudud > Bab Hukuman Itu Merupakan Kifarat Terhadap Orang Yang Berkenaan
  • Hadith no. 3223

    Hadis Ubadah bin As-Somit r.a katanya: Ketika aku bersama dengan Rasulullah s.a.w dalam satu majlis. Baginda bersabda: Seharusnya kamu membuat pengakuan kepadaku bahawa kamu tidak akan menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain juga kamu tidak akan melakukan zina, mencuri dan tidak akan membunuh orang yang telah diharamkan oleh Allah kecuali dengan hak. Sesiapa di antara kamu yang mematuhinya maka akan diberi ganjaran pahala oleh Allah. Sesiapa yang terlanjur melakukannya maka dia akan mendapat hukuman yang merupakan kifarat baginya. Sesiapa yang terlanjur melakukannya tetapi Allah telah menutupinya, maka itu adalah urusan Allah. Jika Allah mahu memberi keampunan kepadanya sudah pasti Allah akan mengampuninya. Tetapi jika Allah mahu menyeksanya, maka sudah pasti Allah akan menyeksanya. [info]
  • Aktiviti Pengguna

    Audio/Video Kuliah Terkini