Risalah Fikir (009) Sebuah Kehidupan Suci Murni

Oleh Ustaz Jalil, 29-Jul-2002 02:51:27

Kali ini mari kita bersama berfikir sejenak mengenai 'way of life' seorang bintangkebanggaan Islam. Beliau ialah Syaqiiq bin Salamah Al-Asadi (dikenali sebagai Abu Wail)rah.a. Abu Wail rah.a. ini telah sempat hidup sezaman dgn Baginda Rasuulullaah saw tetapibeliau tak sempat bertemu dgn Baginda saw. Beliau menerima ilmu atau pelajaran secaralangsung drp Sayyidina 'Umar r.a., Sayyidina 'Uthman r.a., Sayyidina 'Ali r.a., IbnuMas'uud r.a., 'Ammaaarah r.a., Khabbaab r.a., Abu Musa r.a., Usamah bin Zaid r.a.,Hudzaifah r.a., Ibnu 'Umar r.a., Abu Mas'uud r.a., Salman r.a., Abu Darda` r.a., Al-Bara`r.a., Al-Mughirah bin Syu'bah r.a., Abu Hurairah r.a., Jarir r.a., Ka'ab r.a., Ibnu 'Ujrahr.a., Sahl bin Hanif r.a., Qais bin Abi Gharzah r.a., Ibnu 'Abbas r.a., Ibnu Zubair r.a.,'Aaisyah r.a. dan Ummi Salamah r.a.

[Nampaknya begitu ramai para sahabat r.a yg sempat ditemuinya dan menerima pelajarandrp mereka r.a........alangkah bahagianya tokoh ini !!! ]

'Asim rah.a. telah menerangkan....(pengertiannya)...:

" Abu Wail rah.a. mempunyai sebuah rumah (pondok) yg diperbuat drp kayu. Beliautinggal di dalam pondok itu bersama dgn seekor kudanya. Apabila beliau hendak keluarberjuang di jalan Allah swt maka beliau merobohkan pondok tersebut dan menyedekahkanbahan-bahan kayu pondok itu, lalu beliau keluar bersama kudanya di jalan Allah swt. Danapabila beliau pulang semula dari jalan Allah swt, maka beliau membina semula pondok kayuyang lain."

.....sungguh 'ajiib !!

Alangkah suci murninya sebuah kehidupan yg telah dijalani dan ditunjukkan oleh Abu Wailr.a. Itulah 'way of life'nya. Itulah seorang tokoh kebanggaan Islam.

Bandingkanlah 'way of life' kita dgn 'way of life' beliau rah.a. ! Jauh bumi drplangit, jauh lagi 'way of life' kita drp 'way of life' beliau rah.a.!!

Semoga dapat dijadikan contoh tauladan untuk kita bersama.

Wassalaamu'alaikum wrb., Alfaqiiru ilallaah.

Please login or register to leave a comment.

Aktiviti Pengguna