Hadis Ummu Atiyyah r.a katanya: Kami telah diperintahkan oleh Nabi s.a.w supaya keluar pada Hari Raya. Begitu juga kanak-kanak perempuan yang telah baligh, gadis-gadis pingitan dan diperintahkan juga wanita-wanita yang sedang haid supaya keluar pada Hari Raya serta diperintahkan agar mengasingkan mereka dari tempat sembahyang kaum Muslimin.
