Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Jumaat > Bab Memakai Wangian Dan Bersugi Pada Hari Jumaat
    Hadis Ibnu Abbas r.a: Aku telah menuturkan sabda Nabi s.a.w mengenai masalah mandi pada hari Jumaat.info
    Hadis Abu Hurairah r.a: Daripada Nabi s.a.w katanya: Baginda s.a.w telah bersabda: Hak untuk Allah yang harus dipenuhi oleh setiap muslim, bahawa dia hendaklah membersihkan diri iaitu mandi pada setiap tujuh hari serta membasuh kepala dan tubuhnya.info
    Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa mandi pada hari Jumaat seperti mandi hadas besar, kemudian berangkat ke masjid, maka seolah-olah dia mengorbankan seekor unta dan sesiapa berangkat pada kesempatan kedua, maka dia seolah-olah telah mengorbankan seekor lembu. Sesiapa berangkat pada kesempatan ketiga, maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor kambing kibas. Sesiapa berangkat pada kesempatan keempat, seolah-olah telah menyembelih seekor ayam dan sesiapa berangkat pada kesempatan kelima, seolah-olah dia memberikan sedekah sebiji telur. Apabila imam iaitu khatib telah keluar, Malaikat-malaikat pun hadir mendengar zikir. Ertinya: mereka tidak lagi mencatatkan sesiapa yang datang ke masjid.info
webmaster@mymasjid.net.my