Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Sembahyang Orang Musafir Dan Mengqasarnya > Bab Waktu Waktu Yang Dilarang Melakukan Sembahyang
    Hadis Umar bin Al-Khattab r.a: Rasulullah s.a.w telah menegah daripada sembahyang selepas Subuh sehinggalah terbit matahari dan juga selepas Asar sehinggalah terbenam matahari.info
    Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Tidak ada sembahyang selepas sembahyang Asar sehinggalah terbenam matahari dan tidak ada sembahyang selepas sembahyang Subuh sehinggalah terbit matahari.info
    Hadis Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Janganlah kamu menuntut untuk mendirikan sembahyang ketika matahari terbit dan juga ketika matahari terbenam.info
    Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Apabila matahari telah mula kelihatan, maka tangguhkan sembahyang hingga ia bersinar terang. Begitu juga apabila matahari sudah mulai terbenam, maka tangguhkan dulu sembahyang sehinggalah ia benar-benar terbenam.info
webmaster@mymasjid.net.my