Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Sembahyang Orang Musafir Dan Mengqasarnya > Bab Beberapa Perkara Yang Berkaitan Dengan Bacaan (qiraat)
    Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a: Abu Ishak r.a telah menceritakan kepada kami dengan berkata: Aku telah melihat seorang lelaki menemui Al-Aswad bin Yazid, dia sedang mengajar Al-Quran di dalam masjid dan bertanyakannya: Bagaimanakah kamu membaca ayat ini? Ýóåóáú ãöäú ãõÏøóßöÑò Adakah dengan huruf Dal ataupun Zal? Dia menjawab: Dengan Dal! Kerana aku mendengar Abdullah bin Mas'ud berkata bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w membacanya ãõÏøóßöÑò iaitu dengan Dal.info
    Hadis Abu Darda' r.a: Diriwayatkan daripada Alqamah r.a katanya: Kami tiba di Syam dan Abu Darda' r.a menemui kami lantas bertanya: Adakah ada di kalangan kamu yang membaca (Al-Quran) seperti bacaan Abdullah r.a? Aku menjawab: Ya! Ada, aku sendiri. Kemudian dia bertanya lagi, bagaimanakah kamu mendengar Abdullah membaca ayat æóÇááøóíúáö ÅöÐóÇ íóÛúÔóì Abu Darda' berkata: Aku dengar Rasulullah s.a.w membaca: æóÇááøóíúáö ÅöÐóÇ íóÛúÔóì æóÇáÐøóßóÑö æóÇáúÃõäúËóì dan Abu Darda' berkata lagi: Demi Allah! Begitulah yang aku dengar dari Rasulullah s.a.w. Tetapi mereka menginginkan kalau aku membaca: æóãóÇ ÎóáóÞó namun aku tidak pedulikan mereka.info
webmaster@mymasjid.net.my