Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Sembahyang Orang Musafir Dan Mengqasarnya > Bab Membaca Al Quran Dengan Berhati Hati Iaitu Tartil Dan Tidak Tergesa Gesa Serta Diharuskan Membaca Dua Surah Atau Lebih Dalam Satu Rakaat
    Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a: Diriwayatkan daripada Abu Wail r.a katanya: Seorang lelaki bernama Nahik bin Sinan datang berjumpa Abdullah dan bertanya: Wahai Abu Abdul Rahman! Bagaimanakah cara kamu membaca huruf ini? Huruf Alif atau Ya' di dalam ayat:مِنْ مَاءٍ غَيْرِ آسِنٍ atau مِنْ مَاءٍ غَيْرِ يَاسِنٍAbdullah menjawab: Adakah semua isi kandungan Al-Quran kamu anggap tidak seperti itu? Lelaki tersebut menjawab: Sesungguhnya aku mampu membaca secara berasingan di dalam satu rakaat. Abdullah berkata: Secepat itu sebagaimana kamu membaca syair? Sesungguhnya ada beberapa kaum yang membaca Al-Quran hanya sekadar membacanya sahaja. Tetapi sebenarnya jika mereka ingin meresapkan ke dalam hati, nescaya keadaan itu adalah lebih baik. Sesungguhnya sembahyang yang paling utama adalah rukuk dan sujud dan aku telah diberitahu mengenai beberapa perkara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w yang mana baginda telah menyambung dua surah dalam setiap satu rakaat. Sebentar kemudian Abdullah berdiri dan Alqamah pula masuk seketika dan keluar kembali sambil berkata: Aku telah dikhabarkan mengenainya.info
webmaster@mymasjid.net.my