Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Sembahyang Orang Musafir Dan Mengqasarnya > Bab Keistimewaaan Orang Yang Menghafal Al Quran
    Hadis Abu Musa Al-Asy'ariy r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Quran ialah seperti perumpamaan buah utrujah iaitu buah yang berbau harum dan rasanya enak. Manakala perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Quran ialah seperti buah kurma, tidak ada baunya akan tetapi rasanya manis. Adapun perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Quran ialah seperti buah Raihanah iaitu buah yang berbau harum tetapi rasanya pahit. Sedangkan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Quran ialah seperti buah hanzhalah (peria) iaitu buah yang tidak ada bau sama sekali dan ditambah pula oleh rasanya yang pahit.info
webmaster@mymasjid.net.my