Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Sembahyang Orang Musafir Dan Mengqasarnya > Bab Perintah Supaya Sentiasa Membaca Al Quran Dan Makruh Seseorang Itu Mengatakan Bahawa Aku Lupa Ayat Ini Tetapi Harus Dia Mengatakan Bahawa Dia Terlupa
    Hadis Aisyah r.a: Pada suatu malam Rasulullah s.a.w mendengar seorang lelaki membaca Al-Quran, lalu baginda bersabda: Semoga Allah merahmatinya kerana sesungguhnya beliau telah mengigatkan aku ayat-ayat yang hampir aku lupa dari surah ini dan surah ini.info
    Hadis Abdullah bin Umar r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya perumpamaan orang yang menghafal Al-Quran itu seperti unta yang terikat. Apabila dia menjaganya, maka unta itu akan tetap ada di tempatnya dan apabila dia melepaskannya maka unta tersebut akan lari.info
    Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sangat buruk sekali apabila seseorang daripada kamu mengatakan aku lupa ayat ini, ayat ini, tetapi sebenarnya dia dilupakan. Sentiasalah membaca Al-Quran kerana sesungguhnya Al-Quran itu lebih mudah hilang dari dada manusia berbanding dengan unta yang tercabut tali ikatan dari sendi kakinya (Bangsa Arab biasanya mengikat sendi unta semasa unta duduk supaya unta tersebut tidak lari).info
    Hadis Abu Musa r.a: Daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Sentiasalah membaca Al-Quran ini. Demi diri dan jiwa Muhammad yang berada di tangan-Nya. Sesungguhnya Al-Quran itu sangat mudah hilang dari ingatan berbanding dengan unta yang tercabut tali ikatan dari sendi kakinya (Bangsa Arab biasanya mengikat sendi unta semasa unta duduk supaya unta tersebut tidak lari).info
webmaster@mymasjid.net.my