Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Sembahyang Orang Musafir Dan Mengqasarnya > Bab Mengenai Orang Yang Mengantuk Ketika Sembahyang Sehingga Bacaan Al Quran Atau Zikirnya Menjadi Kabur, Sebaiknya Dia Tidur Atau Duduk Sehingga Perasaan Mengantuknya Itu Hilang
    Hadis Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah masuk ke masjid dan baginda mendapati ada seutas tali yang direntangkan di antara dua tiang, lalu baginda bertanya: Tali apakah ini? Para sahabat menjawab: Tali itu digunakan oleh Zainab untuk sembahyang, apabila dia merasa malas atau keletihan dia akan berpegang pada tali tersebut. Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Lepaskan ikatan tali tersebut, seseorang dari kamu hendaklah bersembahyang dengan kekuatan yang ada pada dirinya, apabila dia malas atau letih maka hendaklah dia duduk.info
    Hadis Aisyah r.a: Sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada kamu mengantuk semasa sembahyang maka hendaklah dia duduk sehingga hilang perasaan mengantuk tersebut. Sesungguhnya apabila seseorang daripada kamu sembahyang dalam keadaan mengantuk, ketika dia memohon keampunan mungkin akan terjadi dia mencaci dirinya sendiri.info
webmaster@mymasjid.net.my