Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Sembahyang Orang Musafir Dan Mengqasarnya > Bab Galakan Supaya Mendirikan Sembahyang Sunat Di Rumah Dan Harus Melakukannya Di Masjid
    Hadis Ibnu Umar r.a: Daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Dirikanlah sembahyang (sembahyang sunat) kamu di rumah kamu dan janganlah kamu jadikan rumahmu itu seperti kuburan.info
    Hadis Abu Musa r.a: Daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Perumpamaan rumah yang disebutkan nama Allah di dalamnya dengan rumah yang tidak disebutkan padanya nama Allah ialah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati.info
    Hadis Zaid bin Thabit r.a katanya: Rasulullah s.a.w mengalas sesuatu tempat dengan alas atau tikar. Lalu baginda sembahyang di situ. Beliau berkata: Perbuatan baginda itu diperhatikan oleh beberapa orang sahabat, lalu mereka datang untuk mendirikan sembahyang di tempat baginda itu. Beliau berkata lagi: Pada malam berikutnya mereka datang dengan lebih ramai lagi lalu Rasulullah meninggalkan mereka. Beliau berkata lagi: Rasulullah s.a.w tidak mahu keluar menemui mereka, lalu mereka meninggikan suara, bahkan ada yang melontar pintu rumah baginda dengan batu-batu kecil. Akhirnya dengan murka Rasulullah s.a.w keluar menemui mereka seraya bersabda: Sentiasalah kamu melakukannya dan biarlah Allah mewajibkan ke atas kamu. Sembahyanglah di rumah kamu, sesungguhnya sebaik-baik sembahyang seseorang itu ialah sembahyang yang dilakukan di rumahnya kecuali sembahyang fardu.info
webmaster@mymasjid.net.my