Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Sembahyang Orang Musafir Dan Mengqasarnya > Bab Sembahyang Malam Itu Dua Rakaat Dua Rakaat Dan Sembahyang Witir Itu Satu Rakaat Serta Sebaik Baiknya Dilakukan Pada Akhir Malam
    Hadis Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w mengenai sembahyang malam baginda. Nabi s.a.w menjawab: Sembahyang malam itu dua rakaat dua rakaat. Apabila salah seseorang daripada kamu bimbang akan masuk waktu Subuh, maka hendaklah dia sembahyang satu rakaat saja sebagai witir kepada sembahyang yang telah dilakukannya.info
    Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Sesiapa yang sembahyang malam, maka hendaklah dia mengakhiri sembahyang itu dengan sembahyang Witir. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w memerintahkan begitu.info
webmaster@mymasjid.net.my