Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Sembahyang Orang Musafir Dan Mengqasarnya > Bab Harus Menghimpunkan Antara Dua Sembahyang Ketika Musafir
    Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Ketika Rasulullah s.a.w tergesa-gesa semasa musafir, baginda menghimpunkan sembahyang Maghrib dan Isyak.info
    Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Apabila Rasulullah s.a.w musafir sebelum matahari condong ke barat, baginda menangguhkan sembahyang Zuhur ke waktu Asar. Kemudian baginda turun (berhenti) dan menghimpunkan kedua sembahyang tersebut. Akan tetapi sekiranya matahari telah condong ke arah barat sebelum baginda berangkat, maka baginda mendirikan sembahyang Zuhur terlebih dahulu kemudian barulah baginda berangkat.info
webmaster@mymasjid.net.my