Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Sembahyang Orang Musafir Dan Mengqasarnya > Bab Harus Sembahyang Sunat Di Atas Kenderaan Semasa Musafir Dengan Menghadap Mengikut Haluannya
    Hadis Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang sunat tanpa mengira ke arah mana unta baginda berjalan.info
    Hadis Amir bin Rabi'ah r.a: Sesungguhnya beliau melihat Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang sunat semasa dalam perjalanan (musafir) di atas kenderaan (unta) baginda dengan menghadap ke arah tujuannya.info
    Hadis Anas bin Malik r.a: Diriwayatkan daripada Anas bin Sirin r.a katanya: Aku bertemu dengan Anas bin Malik ketika beliau pulang dari Syam. Aku bertemu dengannya di Ain At-Tamr dan aku melihat beliau sembahyang di atas keldai sedangkan mukanya menghadap ke arah ini, iaitu sebelah kiri kiblat. Aku berkata kepadanya: Aku melihat kamu sembahyang dengan tidak menghadap ke arah kiblat? Dia menjawab: Seandainya aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w melakukan perkara ini, pasti akupun tidak akan melakukannya.info
webmaster@mymasjid.net.my