Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Sembahyang Orang Musafir Dan Mengqasarnya > Bab Sembahyang Di Rumah Ketika Hujan Turun
    Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w menyuruh tukang azan mengucapkan: Sembahyanglah dirumahmu masing-masing (pada akhir azan) jika hujan turun dan malam terlalu sejuk.info
    Hadis Abdullah bin Abbas r.a: Beliau telah berkata kepada tukang azan ketika hari hujan lebat: Setelah kamu berkata: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ Maka janganlah kamu ucapkan: حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ Yang bermaksud: Marilah sembahyang. Sebaliknya ucapkanlah: صَلُّوا فِي بُيُوتِكُمْ Yang bermaksud: Sembahyanglah di rumah kamu. Beliau berkata: Orang ramai seolah-olah mengingkari perbuatan tersebut. Lalu Abdullah bin Abbas berkata: Adakah kamu semua hairan dengan perbuatan ini sesungguhnya orang yang lebih mulia dariku (Rasulullah) telah mengajarkan perbuatan ini. Sesungguhnya sembahyang berjemaah itu wajib tetapi aku tidak mahu kamu keluar rumah dan kamu berjalan di atas tanah yang licin dan berlumpur.info
webmaster@mymasjid.net.my