Indeks Kitab
    Hadis Abdullah bin Umar r.a: Daripada Rasulullah s.a.w sesungguhnya baginda mendirikan sembahyang semasa musafir di Mina dan tempat-tempat lain sebanyak dua rakaat.info
    Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a: Diriwayatkan daripada Abdul Rahman bin Yazid r.a katanya: Sayidina Othman pernah sembahyang di Mina bersama kami sebanyak empat rakaat. Lalu diceritakan kepada Abdullah bin Mas'ud lantas dia menyebut: إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ kemudian beliau berkata: Aku sembahyang bersama Rasulullah s.a.w di Mina hanya dua rakaat. Aku sembahyang bersama Abu Bakar As-Siddiq di Mina sebanyak dua rakaat dan aku sembahyang bersama Umar bin Al-Khattab di Mina juga sebanyak dua rakaat. Moga-moga bahagian aku dari empat rakaat ialah dua rakaat yang telah diterima oleh Allah.info
    Hadis Harithah bin Wahab r.a katanya: Aku pernah sembahyang bersama Rasulullah s.a.w di Mina sebanyak dua rakaat dan orang ramai juga melakukannya sebanyak dua rakaat.info
webmaster@mymasjid.net.my