Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Masjid Dan Tempat Tempat Sembahyang > Bab Harus Mendirikan Sembahyang Sunat Secara Berjemaah Dan Mendirikannya Di Atas Tikar, Di Atas Sejadah Kecil, Di Atas Pakaian Dan Lain Lain Lagi Dari Benda Benda Yang Suci
    Hadis Anas bin Malik r.a: Bahawa neneknya yang bernama Mulaikah telah mengundang Rasulullah s.a.w untuk memikmati suatu makanan yang telah disediakan untuk baginda. Lalu Rasulullah s.a.w memakannya. Kemudian baginda bersabda: Berdirilah kamu aku akan bersembahyang bersama kamu. Anas bin Malik berkata: Dihamparkan kepada kami sebidang tikar yang telah hitam kerana telah lama digunakan, lantas aku merenjiskan air ke atasnya kemudian Rasulullah bangun, manakala aku berdiri dalam satu saf bersama anak yatim dibelakang Nabi s.a.w sementara orang tua berdiri dibelakang kami. Kami sembahyang bersama Rasulullah s.a.w dua rakaat kemudian baginda beredar.info
    Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w ialah orang yang paling baik budi pekertinya. Terkadang baginda ingin mendirikan sembahyang ketika berada di rumahku. Baginda menyuruh aku menghamparkan hamparan yang didudukinya. Kemudian disapu dan direnjiskan dengan sedikit air. Selepas itu Rasulullah mengimami kami dan kami berdiri dibelakangnya, lalu kami mendirikan sembahyang bersama-sama. Alas yang dihampar di tempat sembahyang itu hanyalah diperbuat daripada pelepah kurma.info
    Hadis Anas r.a katanya: Pada suatu hari Nabi s.a.w datang menemuiku. Pada waktu itu aku sedang bersama dengan ibuku dan Ummu Haram emak sudaraku. Baginda bersabda: Berdirilah! Aku akan mendirikan sembahyang bersama kamu semua. Sedangkan pada waktu itu bukanlah waktu sembahyang. Baginda mendirikan sembahyang bersama kami lalu seorang lelaki bertanya kepada Thabit: Di mana Anas berada pada waktu itu? Thabit menjawab: Anas berada di sebelah kanan Rasulullah. Kemudian baginda berdoa untuk kami seisi keluarga supaya kami beroleh segala kebaikan dunia dan akhirat. Ibuku berkata: Wahai Rasulullah! Tolong doakan khadammu itu kepada Allah. Baginda pun mendoakan segala kebajikan untukku. Pada akhir doa tersebut baginda berdoa yang bermaksud: اللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ وَبَارِكْ لَهُ فِيهِ Ya Allah! Perbanyakkanlah hartanya dan perbanyakkanlah anak-anaknya serta berikanlah keberkatan kepadanya.info
webmaster@mymasjid.net.my