Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Masjid Dan Tempat Tempat Sembahyang > Bab Galakan Supaya Bersegera Mendirikan Sembahyang Subuh Pada Awal Waktunya. Iaitu Waktu Akhir Malam Yang Bercampur Dengan Cahaya Pagi. Juga Menerangkan Mengenai Kadar Bacaannya
    Hadis Aisyah r.a: Sesungguhnya wanita-wanita mukmin telah mendirikan sembahyang Subuh bersama Nabi s.a.w. Kemudian mereka kembali dengan menyelimutkan kepala mereka dengan pakaian bulu tanpa ada seorang pun yang mengenali mereka.info
    Hadis Jabir bin Abdullah r.a: Diriwayatkan daripada Muhammad bin Amir bin Al-Hasan bin Ali r.a katanya: Sewaktu Al-Hajjaj tiba di Madinah, kami bertanya Jabir bin Abdullah. Dia menjawab: Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang Zuhur pada tengah hari yang sangat panas, mendirikan sembahyang Asar ketika matahari kelihatan bersinar terang, mendirikan sembahyang Maghrib ketika matahari terbenam dan mendirikan sembahyang Isyak, kadang-kadang baginda menyegerakannya dan kadang-kadang baginda melewatkannya. Apabila baginda melihat para sahabat sudah ramai berkumpul maka baginda akan menyegerakannya. Apabila baginda melihat para sahabat lambat berkumpul maka baginda akan melewatkan sembahyang Isyak. Manakala mengenai sembahyang Subuh biasanya baginda akan mendirikannya semasa hari masih gelap lagi.info
    Hadis Abu Barzah r.a Diriwayatkan daripada Sayyar bin Salamah katanya: Aku pernah mendengar ayahku bertanya kepada Abu Barzah mengenai sembahyang Rasulullah s.a.w. Beliau menjawab: Rasulullah s.a.w tidak menghiraukan tentang lewat mendirikan sembahyang, beliau berkata: Apa yang aku maksudkan ialah sembahyang Isyak. Baginda melewatkannya hingga sampai ke separuh malam, tetapi baginda tidak suka tidur sebelum mendirikan sembahyang Isyak terlebih dahulu dan baginda tidak suka bercakap-cakap selepasnya. Syukbah berkata: Kemudian aku menemui Abu Barzah, lalu aku bertanya kepadanya. Abu Barzah menjawab: Baginda mendirikan sembahyang Zuhur ketika gelincir matahari, baginda mendirikan sembahyang Asar ketika seseorang memulakan perjalanannya ke perbatasan Kota Madinah dan matahari masih bersinar terang. Beliau berkata lagi: Mengenai sembahyang Maghrib aku tidak pasti ketika manakah Abu Barzah telah menyatakannya. Selepas itu aku menemuinya kembali lalu aku bertanya kepadanya. Abu Barzah menjawab: Baginda mendirikan sembahyang Subuh ketika orang lelaki dari kalangan mereka dapat mengenali sahabat yang berada di samping mereka. Baginda biasanya membaca ketika mendirikan sembahyang Subuh sebanyak enam puluh ayat hingga ke seratus ayat.info
webmaster@mymasjid.net.my