Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Masjid Dan Tempat Tempat Sembahyang > Bab Kelebihan Sembahyang Subuh Dan Asar Serta Menjaga Kedua Duanya
    Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Para Malaikat datang berduyung-duyung kepada kamu pada waktu malam dan siang. Mereka berhimpun semasa sembahyang Subuh dan sembahyang Asar. Kemudian naiklah orang yang bersama kamu. Lalu Tuhan bertanya kepada mereka walaupun Dia lebih mengetahui terhadap segala urusan mereka dengan pertanyaan: Bagaimanakah keadaan hamba-hambaKu ketika kamu meninggalkannya? Mereka menjawab: Kami meninggalkan mereka ketika mereka sedang bersembahyang dan ketika kami mendatangi mereka, mereka juga sedang bersembahyang.info
    Hadis Jarir bin Abdullah r.a katanya: Ketika kami duduk di samping Rasulullah s.a.w, tiba-tiba baginda memandang kepada bulan purnama pada malam peperangan Badar, lalu baginda bersabda: Sesungguhnya kamu akan dapat melihat Tuhanmu sebagaimana kamu melihat bulan purnama ini, tiada halangan semasa kamu melihatNya iaitu akan dapat melihat Allah dengan jelas sekiranya kamu mampu, maka janganlah kamu lalai dari mendirikan sembahyang sebelum terbit Matahari dan sebelum terbenam Matahari, iaitu sembahyang Asar dan sembahyang Subuh. Kemudian Jarir membaca firman Allah وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوْبِهَا Yang bermaksud: Dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu sebelum terbit dan terbenam matahari.info
    Hadis Abu Musa r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa mendirikan dua sembahyang yang menyejukkan iaitu Subuh dan Asar, maka dia akan masuk Syurga.info
webmaster@mymasjid.net.my