Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Masjid Dan Tempat Tempat Sembahyang > Bab Galakan Bersegera Mendirikan Sembahyang Asar
    Hadis Anas bin Malik r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah mendirikan sembahyang Asar sedangkan cahaya matahari yang memancar masih belum berubah warnanya dan masih belum berubah kepanasannya. Orang yang pergi ke Daerah Al-Awali iaitu selepas sembahyang dan dia sampai di Daerah Al-Awali ketika matahari masih lagi tinggi.info
    Hadis Anas bin Malik r.a: Diriwayatkan daripada Abu Umamah r.a katanya: Sesungguhnya beliau datang menemui Anas bin Malik di rumahnya yang terletak di Basrah, ketika itu Anas baru saja selesai mendirikan sembahyang Zuhur. Rumahnya terletak berdekatan dengan masjid, sewaktu kami menemuinya dia terus bertanya: Adakah kamu sudah sembahyang Asar? Kami menjawab: Sesungguhnya kami baru saja selesai dari sembahyang Zuhur. Tetapi Anas berkata: Sembahyanglah Asar. Maka kami pun mendirikan sembahyang. Setelah kami selesai mendirikan sembahyang, Anas berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Itulah sembahyang orang munafik. Dia duduk menunggu iaitu memerhati matahari sehingga sampai antara dua Tanduk Syaitan iaitu telah menguning sinarnya maka barulah dia bergegas mendirikan sembahyang empat rakaat dengan cepat dan tidak banyak berzikir mengigati Allah.info
    Hadis Rafi' bin Khadij r.a katanya: Kami telah mendirikan sembahyang Asar bersama Rasulullah s.a.w. Kemudian binatang korban disembelih lalu dibahagikan menjadi dua belas bahagian, seterusnya dimasak. Kami memakan daging yang segar, sebelum terbenamnya matahari.info
webmaster@mymasjid.net.my