Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Masjid Dan Tempat Tempat Sembahyang > Bab Galakan Supaya Menangguhkan Sembahyang Zuhur Iaitu Menunggu Sehingga Cuaca Agak Redup Ketika Hari Panas Terik Bagi Orang Yang Ingin Pergi Sembahyang Berjemaah Tetapi Ditimpa Kepanasan Semasa Perjalanan
    Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Apabila hari tersangat panas, maka tangguhkanlah sembahyang kerana sesungguhnya kepanasan yang bersangatan itu termasuk dari bahang api Neraka Jahanam.info
    Hadis Abu Zar r.a katanya: Seorang tukang azan Rasulullah s.a.w mengumandangkan azan sembahyang Zuhur. Rasulullah s.a.w bersabda: Tunggulah sehingga cuaca redup, tunggulah sehingga cuaca redup. Mungkin juga katanya: Tunggu sebentar, tunggu sebentar. Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya panas yang membara itu adalah bahang dari Api Neraka Jahanam. Apabila hari sangat panas maka tangguhkanlah sembahyang.info
    Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Satu ketika Neraka mengadu kepada Tuhannya. Neraka berkata: Wahai Tuhanku! Sebahagian dariku memakan sebahagian yang lain. Lalu Allah merestui Neraka dengan memberikannya dua nafas. Nafas pada musim dingin dan nafas pada musim panas, nafas tersebut lebih panas dari kepanasan yang biasa kamu dapati dan lebih sejuk dari kesejukan yang biasa kamu dapati.info
webmaster@mymasjid.net.my