Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Masjid Dan Tempat Tempat Sembahyang > Bab Galakan Bersembahyang Dengan Tenang Dan Larangan Bersembahyang Dengan Tergesa Gesa
    Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila sembahyang telah dimulai, maka janganlah kamu mendatanginya dengan tergesa-gesa, tetapi hendaklah kamu mendatanginya dalam keadaan tenang. Sembahyanglah sekadar yang kamu sempat dan sempurnakanlah rakaat sembahyang yang belum ditunaikan.info
    Hadis Abi Qatadah r.a katanya: Ketika kami mendirikan sembahyang bersama Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba terdengar satu suara yang kuat. Rasulullah s.a.w bertanya: Apakah yang terjadi kepada kamu? Para sahabat menjawab: Kami tadi tergesa-gesa untuk sembahyang. Rasulullah s.a.w bersabda: Jangan lagi kamu lakukan begitu apabila kamu datang untuk sembahyang, tetapi hendaklah kamu mendatanginya dengan tenang. Sembahyanglah sekadar yang kamu sempat dan sempurnakanlah rakaat sembahyang yang masih belum ditunaikan.info
webmaster@mymasjid.net.my