Indeks Kitab
    Hadis Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya Nabi s.a.w membaca Al-Quran, setelah baginda membaca surah yang ada ayat sajdah iaitu ayat yang disunatkan sujud, baginda pun sujud dan kami juga ikut sujud bersama Rasulullah s.a.w sehinggakan sebahagian daripada kami tiada tempat untuk sujud.info
    Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a: Daripada Nabi s.a.w sesungguhnya baginda telah membaca surah An-Najm, lalu baginda sujud begitu juga orang yang ada bersama baginda kecuali seorang tua mengambil segenggam batu kerikil atau pasir lalu disapukan ke dahinya seraya berkata: Ini pun sudah memadai bagiku.info
    Hadis Zaid bin Thabit r.a: Diriwayatkan daripada Ata' bin Yasar r.a katanya: Sesungguhnya beliau telah bertanya Zaid bin Thabit tentang masalah membaca bersama imam. Zaid menjawab: Tidak ada sedikit pun bacaan bersama imam, bahkan Zaid menyakinkan bahawa dia pernah membaca وَالنَّجْمِ إِذَا هَوَى di hadapan Rasulullah s.a.w namun baginda tidak sujud.info
    Hadis Abu Hurairah r.a: Diriwayatkan daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman r.a katanya: Abu Hurairah pernah membaca إِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ di hadapan para sahabat yang lain, lalu Abu Hurairah sujud. Selepas mereka semua bersurai, Abu Hurairah memberitahu kepada para sahabat yang lain bahawa Rasulullah s.a.w juga telah sujud ketika membaca ayat tersebut.info
webmaster@mymasjid.net.my