Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Masjid Dan Tempat Tempat Sembahyang > Bab Larangan Meludah Di Dalam Masjid Samada Ketika Sembahyang Atau Diluar Sembahyang
    Hadis Abdullah bin Umar r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melihat air liur di dinding yang menghadap ke arah kiblat lalu baginda menyapunya. Kemudian baginda berpaling kepada para sahabat dan bersabda: Semasa kamu sembahyang, kamu janganlah meludah ke depan kerana sesungguhnya Allah sedang menghadap ke arah kamu semasa kamu sembahyang.info
    Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a: Sesungguhnya Nabi s.a.w melihat hingus di arah kiblat masjid, lalu baginda menyapunya dengan batu kecil. Kemudian baginda melarang seseorang dari meludah ke kanan atau ke depan, tetapi bolehlah meludah ke kiri atau ke bawah telapak kaki kirinya.info
    Hadis Aisyah r.a: Sesungguhnya Nabi s.a.w melihat air liur, hingus atau kahak di dinding kiblat lalu baginda menyapunya.info
    Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Semasa salah seorang daripada kamu sembahyang, sesungguhnya dia sedang memohon pertolongan dari Tuhannya. Janganlah dia meludah ke depan atau ke kanannya. Tetapi hendaklah dia meludah ke bawah telapak kaki kirinya.info
    Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Membuang hingus di dalam masjid adalah satu dosa dan kifaratnya ialah dengan menimbusnya.info
webmaster@mymasjid.net.my