Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Masjid Dan Tempat Tempat Sembahyang > Bab Harus Bergerak Selangkah Atau Dua Langkah Dalam Sembahyang
    Hadis Sahl bin Saad r.a: Diriwayatkan daripada Abdul Aziz bin Abu Hazim r.a katanya: Beberapa orang telah datang menemui Sahl bin Saad. Mereka bertelingkah mengenai mimbar dari jenis kayu apakah ianya diperbuat. Sahl berkata: Demi Allah! Saya tidak tahu kayu dari jenis apakah mimbar tersebut diperbuat dan siapakah yang membuatnya. Tetapi aku pernah melihat Rasulullah s.a.w pada hari pertama baginda duduk di atas mimbar tersebut. Aku berkata kepadanya: Wahai Ibnu Abbas ceritakanlah kepada kami. Ibnu Abbas berkata: Rasulullah s.a.w telah mengutus kami kepada isteri Abu Hazim. Sesungguhnya beliaulah yang akan menamakannya suatu hari nanti, panggil tukang kayumu supaya dia membuatkan untukku satu mimbar yang akan aku gunakan untuk berkhutbah di hadapan orang ramai. Maka dibuat satu mimbar yang mempunyai tiga anak tangga. Kemudian Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya mimbar tersebut diletakkan pada tempatnya, mimbar tersebut diperbuat dari kayu Cemara hutan. Sesungguhnya aku melihat Rasulullah s.a.w berdiri di atasnya dan bertakbir, lalu orang ramai pun bertakbir selepas baginda bertakbir, baginda masih berada di atas mimbar, kemudian baginda bangun dari rukuk dan turun dari mimbar sambil berundur ke belakang sehinggalah baginda sujud di kaki mimbar, kemudian baginda kembali semula ke atas mimbar sehinggalah selesai sembahyang. Setelah itu baginda menghadap ke arah orang ramai sambil berkata: Wahai umatku! Aku melakukan begini supaya kamu mengikuti aku dan kamu dapat mempelajari bagaimana cara aku sembahyang.info
webmaster@mymasjid.net.my