Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Masjid Dan Tempat Tempat Sembahyang > Bab Larangan Dari Bercakap Semasa Sembahyang Dan Menasakhkan Hukum Yang Dulunya Harus Bercakap
    Hadis Abdullah Ibnu Mas'ud r.a katanya: Kami mengucapkan salam kepada Rasulullah s.a.w, pada waktu itu baginda sedang sembahyang. Baginda menjawab salam kami. Ketika kami kembali dari rumah Najasyi, kami sekali lagi mengucapkan salam kepada baginda. Tetapi kali ini baginda tidak menjawabnya iaitu selepas diturunkan ayat yang melarang dari bercakap semasa sembahyang. Lalu kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bukankah kami pernah mengucapkan salam kepadamu ketika kamu sedang sembahyang dan kamu menjawab salam kami? Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam sembahyang terdapat kesibukannya tersendiri.info
    Hadis Zaid bin Arqam r.a katanya: Kami pernah bercakap-cakap di dalam sembahyang. Seseorang itu boleh bercakap-cakap dengan temannya yang berada di sisi semasa sembahyang. Akhirnya diturunkan ayat æóÞõæãõæÇ áöáøóåö ÞóÇäöÊöíäó Yang bermaksud: Dirikanlah sembahyang kerana Allah dengan khusyuk. Jadi kami diperintahkan supaya diam dan tidak lagi bercakap-cakap semasa sembahyang.info
    Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah mengutusku kerana sesuatu hajat. Kemudian aku kembali mendapatkan baginda, ketika itu baginda sedang berjalan (Mengikut riwayat Qutaibah: Baginda sedang sembahyang), lalu aku mengucapkan salam kepada baginda, namun baginda hanya memberikan isyarat kepadaku. Apabila baginda selesai dari mendirikan sembahyang, baginda memanggilku lalu bersabda: Ketika kamu mengucapkan salam tadi, aku sedang sembahyang. Pada waktu itu Rasulullah s.a.w sembahyang dengan menghadap ke arah timur.info
webmaster@mymasjid.net.my