Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Masjid Dan Tempat Tempat Sembahyang > Bab Larangan Membina Masjid Di Atas Kubur Dan Menggantung Gambar Di Dalam Masjid Serta Larangan Menjadikan Kubur Sebagai Tempat Sembahyang
    Hadis Aisyah r.a: Sesungguhnya Ummu Habibah dan Ummu Salamah pernah menyebut tentang sebuah gereja yang pernah kami lihat di Habsyah iaitu Ethiopia yang penuh dengan gambar-gambar kepada Rasulullah s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya mereka iaitu penduduk Ethiopia mempunyai kebiasaan apabila ada salah seorang lelaki yang soleh dari kalangan mereka meninggal dunia, maka mereka akan mendirikan sebuah masjid di atas kuburnya dan mereka juga membuat beberapa gambar. Mereka adalah sejahat-jahat makhluk di sisi Allah pada Hari Kiamat kelak.info
    Hadis Aisyah r.a katanya: Pada suatu ketika Rasulullah s.a.w diserang sakit yang menyebabkan baginda tidak boleh bangun. Baginda pernah bersabda: Allah telah mengutuk orang-orang Yahudi dan Nasrani yang telah menjadikan kubur Nabi-nabi mereka sebagai masjid iaitu tempat sembahyang. Aisyah berkata: Jika tidak kerana sabda Nabi tersebut pasti maqam Rasulullah juga dijadikan masjid kerana mereka tidak takut untuk menjadikan maqam Nabi sebagai masjid.info
    Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Allah telah memusuhi orang-orang Yahudi yang telah menjadikan kubur Nabi-nabi mereka sebagai masjid.info
    Hadis Aisyah r.a katanya: Tatkala Rasulullah s.a.w ditimpa sesuatu kesusahan, akan terpamerlah kegelisahan pada raut wajah baginda. Begitu juga apabila segala kegelisahan itu telah hilang, akan terpancarlah ketenangan pada raut wajah baginda. Baginda bersabda: Allah melaknati orang-orang Yahudi dan Nasrani yang telah menjadikan kubur Nabi-nabi mereka sebagai masjid. Lalu baginda memberi peringatan dari melakukan perbuatan seumpama itu.info
webmaster@mymasjid.net.my