Hadis Ibnu Abbas r.a: Diriwayatkan daripada Said bin Jubair r.a katanya: Aku telah bertanya Ibnu Abbas mengenai surah At-Taubah. Ibnu Abbas menjawab: Bahkan ianya merupakan surah Al-Fadhihah iaitu surah yang menceritakan keaiban. Firman Allah: وَمِنْهُمْ وَمِنْهُمْ turun tidak henti-henti sehingga mereka menyangka tidak ada seorang pun di kalangan kami melainkan diceritakan rahsia dalam surah itu. Aku bertanya pula tentang surah Al-Anfal. Ibnu Abbas memberitahu surah itu diturunkan sewaktu peperangan Badar. Ibnu Jubair bertanya lagi tentang surah Al-Hasyr. Ibnu Abbas memberitahu bahawa surah itu diturunkan untuk menceritakan tentang Bani An-Nadhir.
