Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Sifat Zuhud Dan Lemah Lembut > Bab Ditegah Memuji Secara Berlebihan Dan Dikhuatiri Akan Menimbulkan Fitnah Kepada Orang Yang Dipuji
    Hadis Abu Bakrah r.a katanya: Seorang lelaki telah memuji seorang lelaki di hadapan Nabi s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Celaka kamu! Kamu telah memenggal leher temanmu. Kamu telah memenggal leher temanmu. Rasulullah s.a.w mengulangi ucapan tersebut beberapa kali. Sekiranya seseorang di antara kamu mesti memuji sahabatnya maka hendaklah dia berkata aku kira si anu itu begini-begini, Allah lah yang lebih mengetahui tentang dirinya. Aku tidak memuji sesiapa pun di hadapan Allah. Aku menghitungnya (memujinya) begitu dan begini sekiranya dia memang mengetahui hal itu.info
    Hadis Abu Musa r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah mendengar seorang lelaki sedang memuji seorang lelaki secara berlebih-lebihan, lalu Rasulullah s.a.w segera bersabda: Sesungguhnya kamu telah menghancurkan atau memotong belakang seorang lelaki.info
webmaster@mymasjid.net.my