Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Sifat Zuhud Dan Lemah Lembut > Bab Doa Untuk Orang Yang Bersin Dan Makruh Menguap (dengan Mulut Terbuka Luas)
    Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Dua orang lelaki telah bersin berhampiran Nabi s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w mendoakan kepada salah seorang dari keduanya tetapi tidak mendoakan kepada lelaki yang kedua. Maka lelaki yang tidak didoakan oleh Rasulullah s.a.w berkata: Semasa dia bersin engkau doakan untuknya (tetapi) semasa aku bersin engkau tidak doakan untukku. Rasulullah s.a.w menjawab: Dia mengucapkan الحَمْدُ لِلَّهِ sedangkan engkau tidak mengucapkan الحَمْدُ لِلَّهِ info
    Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Menguap (dengan mulut terbuka luas) merupakan gangguan dari syaitan. Apabila ada di antara kamu yang menguap maka hendaklah dia menutup mulutnya mengikut kemampuan.info
webmaster@mymasjid.net.my