Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Berbagai Fitnah (cubaan) Dan Tanda Tanda Hari Kiamat > Bab Kisah Al Jassasah (pengintip Untuk Dajal)
    Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak ada negara (dalam dunia) melainkan akan dipijak (dilanda) oleh Dajal kecuali Mekah dan Madinah kerana setiap jalan dan lereng bukit dijaga oleh barisan Malaikat. Oleh itu Dajal akan turun (berhenti) di satu kawasan bernama Sibkhah (tanah kering lagi masin) maka Madinah bergegar sebanyak tiga kali, kemudian semua para Kuffar (orang kafir) dan para Munafik keluar dari Madinah menemui Dajal.info
webmaster@mymasjid.net.my