Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Berbagai Fitnah (cubaan) Dan Tanda Tanda Hari Kiamat > Bab Tidak Akan Berlaku Kiamat Sehinggalah Seorang Lelaki Datang Ke Kubur Lelaki Lain Dan Dia Mengharapkan Dia Dimatikan Untuk Lari Dari Bala (masalah Hidup)
    Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah seorang lelaki datang ke kubur seorang lelaki lain dan berkata: Kalau boleh aku ingin berada di tempat mayat itu (mati).info
    Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Hari Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah keluarnya seorang lelaki dari Kaum Qahtan yang akan memerintahkan atau memandu manusia dengan tongkatnya.info
    Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Hari Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah kamu memerangi satu kaum yang diibaratkan muka-muka mereka seperti perisai bagi tentera. Hari Kiamat juga tidak akan berlaku sehinggalah kamu memerangi satu kaum yang memakai kasut yang diperbuat daripada rambut.info
    Hadis Ibnu Umar r.a: Nabi s.a.w bersabda: Kamu semua akan membunuh orang-orang Yahudi. Maka kamu semua akan membunuh mereka sehingga batu akan berkata: Wahai para Muslimin! Di sini ada orang Yahudi, datanglah ke mari dan bunuhlah dia.info
    Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Hari Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah orang-orang Islam memerangi orang Yahudi. Orang-orang Islam memerangi mereka menyebabkan orang Yahudi bersembunyi di belakang batu dan pokok. Maka batu atau pokok berkata: Wahai orang-orang Islam! Wahai hamba Allah! Ada Yahudi di belakangku. Datanglah ke sini dan bunuhlah dia melainkan pokok yang berduri, kerana pokok itu adalah di antara pokok kaum Yahudi.info
    Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w bersabda: Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah dibangkitkan para Dajal pendusta yang hampir bilangan mereka tiga puluh orang. Setiap mereka mendakwa dirinya adalah Rasul (utusan) Allah.info
webmaster@mymasjid.net.my