Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Berbagai Fitnah (cubaan) Dan Tanda Tanda Hari Kiamat > Bab Keterangan Nabi S.a.w Tentang Apa Yang Bakal Terjadi Sebelum Berlakunya Kiamat
    Hadis Huzaifah bin Al-Yaman r.a: Demi Allah aku merupakan orang yang paling tahu di kalangan manusia tentang semua fitnah yang akan berlaku antaraku (ketika Huzaifah mengeluarkan kata-kata) sehinggalah berlakunya Kiamat. Aku tidak tahu (tentang fitnah) melainkan Rasulullah s.a.w telah memberitahu aku sesuatu secara rahsia dan baginda tidak memberitahu perkara tersebut kepada orang lain tetapi Rasulullah s.a.w telah memberitahu (tentang fitnah) ketika Rasulullah s.a.w memberi ucapan dalam satu majlis yang aku turut menghadirinya. Maka Rasulullah s.a.w bersabda untuk memberitahu bilangan fitnah. Di antara fitnah-fitnah itu terdapat tiga perkara yang tidak memberi sebarang kesan dan di antara fitnah itu ialah fitnah-fitnah yang diibaratkan seperti angin di musim panas, ada yang kecil dan ada yang besar.info
webmaster@mymasjid.net.my