Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Berbagai Fitnah (cubaan) Dan Tanda Tanda Hari Kiamat > Bab Apabila Dua Orang Muslim Berhadapan Dan Kedua Duanya Menghunus Pedang
    Hadis Abi Bakrah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila dua orang Muslim bertemu dan kedua-duanya menghunus pedang masing-masing, maka orang yang membunuh dan orang yang dibunuh kedua-duanya akan dimasukkan ke dalam Neraka. Menurutnya lagi, aku berkata atau baginda ditanya: Wahai Rasulullah kalau orang itu membunuh maka jelaslah dosanya, akan tetapi apakah kesalahan orang yang dibunuh. Baginda bersabda: Sesungguhnya beliau juga berniat untuk membunuh saudaranya.info
    Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan berlaku Kiamat sehinggalah ada dua puak yang besar saling berperang antara satu sama lain, di mana berlaku pertempuran yang besar di kalangan mereka sedangkan dakwaan mereka adalah sama.info
    Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Hari Kiamat itu akan berlaku setelah banyaknya peristiwa Harj. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Harj itu? Baginda bersabda: Pembunuhan, pembunuhan.info
webmaster@mymasjid.net.my