Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Berbagai Fitnah (cubaan) Dan Tanda Tanda Hari Kiamat > Bab Kemusnahan Tentera Yang Menyerang Kaabah
    Hadis Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah menggerak-gerakkan tangan dalam tidurnya, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah, di dalam tidur anda melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan. Baginda bersabda: Menghairankan, ada segolongan manusia daripada umatku yang menyerbu ke Baitullah kerana ada seorang lelaki Quraisy berlindung di Baitullah sehingga ketika mereka sampai di Baida' mereka dibenamkan (dimusnahkan). Kami berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya jalan itu telah dipenuhi oleh manusia. Baginda bersabda: Benar, di antara mereka ada yang memang berniat untuk menyerbu, ada yang dipaksa dan ada yang sekadar melalui tempat tersebut, tetapi mereka semuanya dibinasakan sekaligus, lalu mereka dibangkitkan dari tempat-tempat yang berlainan, Allah akan membangkitkan mereka berdasar kepada niat mereka.info
webmaster@mymasjid.net.my