Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Syurga, Kenikmatan Dan Penghuninya > Bab Si Mati Akan Diperlihatkan Tempatnya Di Syurga Atau Neraka, Tetap Adanya Seksa Kubur Dan Permohonan Berlindung Darinya
    Hadis Ibnu Umar r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang itu mati, akan diperlihatkan tempatnya setiap pagi dan petang. Sekiranya dia di kalangan ahli Syurga, akan diperlihatkan kepadanya Syurga. Sekiranya dia dari kalangan ahli Neraka, akan diperlihatkan kepadanya Neraka. Diberitahu kepadanya: Inilah tempatmu sehingga kamu dibangkitkan oleh Allah pada Hari Kiamat.info
    Hadis Abu Ayyub r.a katanya: Rasulullah s.a.w keluar setelah matahari terbenam lalu terdengar suara, kemudian baginda bersabda: Orang Yahudi sedang diseksa di dalam kuburnya.info
    Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Apabila seseorang hamba dikebumikan di dalam kuburnya kemudian ditinggalkan oleh kawan-kawannya nescaya dia akan mendengar bunyi hentakan tapak kasut mereka. Seterusnya dia akan didatangi oleh dua malaikat lalu mendudukkannya dan bertanya: Apa pendapatmu tentang lelaki ini iaitu Nabi Muhammad s.a.w?. Baginda bersabda lagi: Sekiranya dia seorang mukmin, nescaya dia akan menjawab: Aku bersaksi bahawa dia hamba Allah dan pesuruh-Nya. Lalu diberitahu kepadanya: Lihatlah tempatmu di Neraka, sesungguhnya Allah telah menggantikannya dengan Syurga. Nabi s.a.w bersabda: Dia dapat melihat kedua-duanya iaitu Syurga dan Neraka.info
    Hadis Al-Bara' bin Azib r.a: Nabi s.a.w membaca firman Allah: يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا بِالقَوْلِ الثَّابِتِ Yang bermaksud: Allah menetapkan pendirian orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh. Lalu baginda bersabda: Ayat ini diturunkan mengenai seksa kubur. Orang Mukmin ditanya: Siapakah tuhan kamu?. Dia menjawab: Allah Tuhanku dan Muhammad s.a.w Nabiku. Itulah yang dimaksudkan dengan firman Allah يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا بِالقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ Yang bermaksud: Allah menetapkan pendirian orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat.info
webmaster@mymasjid.net.my