Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Syurga, Kenikmatan Dan Penghuninya > Bab Kehancuran Dunia Dan Keterangan Tentang Kebangkitan Manusia Pada Hari Kiamat
    Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Pada Hari Kiamat manusia akan dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan belum berkhatan. Aku Bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah kaum lelaki dan wanita akan melihat di antara satu sama lain?. Baginda bersabda: Wahai Aisyah! Urusan ketika itu lebih penting dari memandang kepada orang lain.info
    Hadis Ibnu Abbas r.a: Dia mendengar Nabi s.a.w bersabda dalam khutbahnya: Sesungguhnya kamu akan menemui Allah dalam keadaan berjalan kaki, telanjang dan belum berkhatan.info
    Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w bersabda: Manusia akan dibangkitkan dalam tiga keadaan; takut, berharap dan dua, tiga, empat serta sepuluh orang di atas seekor unta. Selebihnya akan dikumpulkan di dalam Neraka pada setiap ketika di mana sahaja mereka berada samada pada waktu malam, pagi, tengah hari atau petang.info
webmaster@mymasjid.net.my