Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Syurga, Kenikmatan Dan Penghuninya > Bab Kumpulan Pertama Yang Memasuki Syurga Umpama Bulan Purnama. Rupa Paras Dan Pasangan Mereka
    Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Abu Al-Qasim s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya kumpulan pertama yang akan memasuki Syurga adalah umpama bulan purnama dan kumpulan berikutnya bagaikan cahaya bintang yang bergemerlapan di langit. Masing-masing mempunyai dua orang pasangan yang tulang sumsum betisnya jelas kelihatan. Di dalam Syurga tiada seorang pun yang bersendirian tanpa pasangan.info
webmaster@mymasjid.net.my