Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Syurga, Kenikmatan Dan Penghuninya > Bab Keredaan Allah Kepada Penghuni Syurga Dan Dia Tidak Akan Murka Kepada Mereka Untuk Selama Lamanya
    Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a: Nabi s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman kepada penghuni Syurga: Wahai penghuni Syurga! Mereka menjawab: Ya Tuhan kami! Segala kebahagiaan dan kebaikan ada di tangan Mu. Dia berfirman: Adakah kamu semua telah reda? Mereka menjawab: Mengapa kami tidak reda wahai Tuhan, sedangkan Engkau telah berikan kepada kami sesuatu yang Engkau tidak berikan kepada seorang pun daripada makhluk-Mu. Allah berfirman lagi: Mahukah kamu, Aku berikan sesuatu yang lebih baik dari itu? Mereka berkata: Wahai Tuhan! Apakah yang lebih baik daripada itu? Allah berfirman: Aku haruskan kepada kamu keredaan-Ku dan Aku tidak akan murka lagi kepada kamu untuk selama-lamanya.info
webmaster@mymasjid.net.my