Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Suasana Hari Kiamat, Syurga Dan Neraka > Bab Sederhana Dalam Memberi Nasihat
    Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a: Diriwayatkan daripada Syaqiq bin Salamah r.a katanya: Ketika kami duduk menunggu di hadapan pintu Abdullah tiba-tiba Yazid bin Muawiyah Nakhaie melintas di hadapan kami. Kami berkata: Beritahulah kepada Abdullah bahawa kami berada di sini. Yazid masuk menemui Abdullah. Tidak berapa lama kemudian, Abdullah keluar menemui kami. Beliau berkata: Aku diberitahu bahawa kamu semua berada di sini. Sebenarnya tidak ada yang menghalangku untuk keluar menemui kamu, hanya aku bimbang kamu semua jemu kepadaku. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w suatu ketika dahulu memerhatikan kami ketika memberi nasihat, kerana baginda bimbang kebosanan menguasai diri kami.info
webmaster@mymasjid.net.my