Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Suasana Hari Kiamat, Syurga Dan Neraka > Bab Memperbanyakkan Amalan Dan Tekun Dalam Beribadat
    Hadis Al-Mughirah bin Syukbah r.a: Bahawa Nabi s.a.w telah mendirikan sembahyang hingga pecah-pecah telapak kaki baginda. Maka baginda ditanya: Mengapa engkau menyusahkan diri dengan ini semua? Sedangkan Allah telah mengampuni segala kesalahanmu samada yang telah lalu ataupun yang akan datang, baginda menjawab: Tidak bolehkah aku ingin menjadi seorang hamba yang bersyukur!.info
    Hadis Aisyah r.a katanya: Apabila Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang baginda berdiri hingga pecah-pecah telapak kakinya. Aisyah r.a berkata: Wahai Rasulullah! Mengapa engkau lakukan ini semua? Sedangkan Allah telah mengampunkan segala kesalahanmu samada yang telah lalu ataupun yang akan datang, baginda menjawab: Wahai Aisyah Tidak bolehkah aku ingin menjadi seorang hamba yang bersyukur!.info
webmaster@mymasjid.net.my