Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Suasana Hari Kiamat, Syurga Dan Neraka > Bab Orang Mukmin Umpama Pokok Tamar
    Hadis Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya dari semua jenis pokok terdapat satu jenis pokok yang susah gugur daunnya. Ia adalah umpama seorang muslim. Cuba jelaskan bagaimanakah pokok tersebut? Orang ramai berpendapat bahawa ianya adalah sejenis pokok yang terdapat di sebuah wadi. Abdullah berkata: Pada pendapatku ia adalah pokok tamar, tetapi aku malu untuk menyatakannya. Kemudian orang ramai berkata: Jelaskanlah kepada kami pokok tersebut wahai Rasulullah! Abdullah berkata: Baginda bersabda: Ia adalah pokok tamar. Kata Abdullah: Aku nyatakan perkara tersebut kepada Umar. Beliau berkata: Sekiranya engkau mengatakan bahawa pokok tersebut adalah pokok tamar nescaya itu lebih aku sukai dari perkara lain.info
webmaster@mymasjid.net.my