Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Suasana Hari Kiamat, Syurga Dan Neraka > Bab Perumpamaan Orang Mukmin Seperti Tanaman Dan Perumpamaan Orang Kafir Seperti Sepohon Pokok Yang Besar
    Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Perumpamaan orang mukmin seperti tanaman. Tidak henti-henti angin meniupnya dan orang mukmin sentiasa menerima cubaan. Sedangkan perumpamaan orang munafik seperti sepohon pokok yang kuat tidak boleh digoyangkan sehinggalah ia ditebang.info
    Hadis Kaab r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Perumpamaan orang mukmin itu seperti tanaman yang kecil. Apabila ditiup angin dia merebah kemudian tegak kembali sehingga kelihatan bergoyang-goyang. Manakala perumpamaan orang kafir adalah seperti sepohon pokok yang kuat di atas tunjangnya, tidak boleh digoyangkan sehinggalah ia tumbang.info
webmaster@mymasjid.net.my