Indeks Kitab
    Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Pada Hari Kiamat nanti bumi akan berubah seolah-olah menjadi sepotong roti yang dilambungkan oleh Tuhan Yang Maha Perkasa di tangan-Nya sebagaimana seorang daripada kamu melambungkan roti dari dua tangan semasa berjalan. Itu adalah hidangan ahli Syurga. Tiba-tiba datang seorang Yahudi lalu berkata: Semoga Tuhan Yang Maha Pengasih memberkatimu wahai Abu Al-Qasim! Inginkah engkau mendengar ceritaku tentang hidangan ahli Syurga pada Hari Kiamat? Rasulullah s.a.w bersabda: Ya, silakan! Orang tersebut berkata: Bumi akan berubah seolah-olah menjadi sepotong roti sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. Mendengar kata-kata tersebut Rasulullah s.a.w memandang kepada kami kemudian ketawa hingga kelihatan gigi geraham baginda. Orang tersebut berkata lagi: Inginkah kamu aku ceritakan tentang lauk pauk mereka? Rasulullah s.a.w menjawab: Ya! Orang itu berkata: Lauk-pauk mereka adalah Balam dan Nun. Para sahabat bertanya: Apakah Balam dan Nun itu? Lelaki tersebut menjawab: Lembu dan ikan paus di mana seketul daging terbaik yang tergantung pada hatinya dapat dimakan oleh tujuh puluh ribu orang.info
webmaster@mymasjid.net.my