Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Sembahyang > Bab Sembahyang Dengan Memakai Sehelai Pakaian Dan Sifat Pemakaiannya
    Hadis Abu Hurairah r.a: Seseorang telah bertanya Rasulullah s.a.w tentang sembahyang dengan memakai sehelai pakaian. Maka baginda bersabda: Adakah kamu semua memiliki dua helai pakaian?.info
    Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Janganlah seseorang dari kamu mendirikan sembahyang dengan hanya memakai sehelai pakaian dan tidak ada sedikit pun pakaian yang menutupi kedua-dua bahunya.info
    Hadis Umar bin Abu Salamah r.a katanya: Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang di rumah Ummu Salamah secara berselimut iaitu membalut tubuh baginda dengan sehelai pakaian dan meletakkan kedua hujung kain tersebut di atas bahu baginda.info
    Hadis Jabir r.a katanya: Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang secara membalut tubuh baginda dengan sehelai pakaian.info
webmaster@mymasjid.net.my