Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Sembahyang > Bab Menahan Orang Yang Melintas Di Hadapan Orang Sembahyang
    Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang sembahyang, janganlah membiarkan seorang pun yang melintasi di hadapannya. Sekiranya ada orang yang melintas maka hendaklah dia menghalang semampunya. Sekiranya halangan tersebut tidak dihiraukan maka hendaklah dia membunuhnya kerana sesungguhnya orang tersebut adalah syaitan.info
    Hadis Abu Juhaim r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya orang yang melintasi di hadapan orang sembahyang itu tahu betapa besar dosanya nescaya lebih baik dia berhenti selama 40 dari melintas di hadapan orang sembahyang. Abu An-Nadri berkata: Aku tidak pasti adakah baginda mengatakan 40 hari, 40 bulan atau tahun.info
webmaster@mymasjid.net.my